Fesyen CETUSAN WARNA yang dipakai oleh Didie Alias dan Enot terus mendapat pelbagai kritikan.
Ternyata, Enot dan Didie Alias tidak kisah dengan kata-kata orang memandangkan mereka sudah menjangkakan apa yang akan berlaku nanti. Budiey sedari, seawal sidang media ABP lagi mereka berdua sudah tampil unik dengan kemewahan warna yang overdose yang direka oleh pereka muda. Yang penting kedua selebriti ini berani mati!
Katalah apa sahaja, samada mereka menjadi mangsa fesyen atau fesyen carca marba atau apa sahaja, mereka peduli apa? Budiey sebenarnya kesian kat diorang ni. Betul juga kata orang, kadang-kadang ada artis yang sanggup dijadikan alat ujikaji. Tapi bila tengok lama-lama, fesyen yang nampak unik dan lain dari yang lain ini memang gempak habis. Ni baru Lady Gaga! Syabas atas keberanian. Dan ada yang kata, mereka sengaja pakai untuk kasi hype kan diri masing-masing pada majlis itu. Apa yang penting, mereka dihighlight!
Kalau dilihat pada konsep dan tema. Cetusan Warna, apakah ini menepati tema? Mengikut pereka fesyen berpengalaman, Hatta Dolmat, beliau berpendapat, fesyen ini masih tak menepati tema:
“Tak taulah teori apa… baju ini tiada salahnya, cuma mungkin tempat atau temanya tidak kena sgn majlis yang di hadiri..dengan styling berlebihan dgn wig putih itu dah cukup ketara berlebihanya..mungkin ini satu cara mendapat perhatian yang paling cepat! ia! ianya berkesan…tetapi dari pandangan sudut yang mana ? positif atau negetif..
kadang-kadang antara sebab ini juga i tidak menyertainya tahun ini, kehadiran pereka baru memang memberikan lantai red carpet abpbh tahun ini meriah dengan warna warni rekaan yang menakjubkan…tetapi tak nampak lagi yang mennakjubkan melainkan yang cantik dan rekaan di atas…????anada nilaikan sendiri.. mungkin juga enot dan dd merasakan personality mereka sebagai pelawak atau penghibur perlu di tampilkan pada pakaian mereka? tetapi sharifah shahirah dan kak raja juga pelawak, tetapi dress mereka masih boleh di katakan ok malam itu ( tidak! pada crown itu).
Inilah risikonya apabila menjadi pereka fesyen..ini creation yg pereka hasilkan..dan komen tetap ada… sbb itu buat sesuatu berlandaskan konsep..kalau ikutkan kreativiti, i rasa pereka ini kreatif… tapi di sini RED CARPET ABPBH bukan medan nak memuntahkan kreaviti yg melampau.. red carpet untuk sesuatu design yang elegant..
jikA i DI TUGASKAN meghasilkan creation untuk enot, PASTINYA akan sehabis baik mecantikkan enot supaya mendapat pujian dan respon yang baik…
jenefer hudson, queen latifah, juga berbadan besar… tetapi apa yang mereka pakai tidak pernah menjengkelkan…
LADY GAGA! IA SATU IKON DAH MCM BUKAN MANUSIA, lady gaga ikon fashion yang hebat tambah bakat dan pencapaian gaga dalam industri..
tak semua org boleh menjadi gaga dik oiiiiiii……….
gaga satu dalam sejuta!”
Semoga yang baik kita jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.