Lupakan dengan sogokan maksimum artis kelahiran bintang realiti Akademi Fantasia yang berderetan di red carpet AE 07. Semua itu memang akan menjadi inti pati bahan penyedap di anugerah di bawah astro.
Budiey hiraukan seketika kata-kata di belakang sana tentang bintang kesayangan ini. Pedulikan itu semua kerana rencah-rencah manusia punya variasi pelbagai dan kita terima sahaja kehadiran mereka sebagai pengkritik terbaik untuk diri sendiri.
Lazimnya, isteri kepada Datuk Khalid ini akan mengenakan fesyen rekaan daripada pereka tetap sepanjang zaman, Michael Ong. Tidak pada anugerah berprestij yang lalu, Datuk Siti Nurhaliza mengenakan gayaan sepadan dengan warna sedondon. Hijau… memang punya aura citarasa Siti dari dulu. Favorite color? Ya…. Hijau itu lambang ketenangan dan ketulusan!
Simple, itu pilihannya. Tetapi bagi Budiey gaun gini tetap kelihatan elegan. Jauh daripada fesyen ‘gelang emas sampai ke siku’ macam mak datin yang lain. Jauh sekali untuk lihat subang bergayutan londeh di telinga. Tapikan, bila lagi mahu menayang kekayaan yang ada selain di pentas showbiz begini? Dandanannya tidak sesakan mana, tapi kira okaylah tu… cuma unik sekali dililitnya dengan tenunan keemasan di leher dan melilit juga di pinggang. Apa nama fesyen ni? Anda namakan sendiri.
Kepada anda, pakaian begini tidak sesuai untuk dijadikan fesyen terkini di hari raya. Baju kurung kalau dibuat seperti ini akan hilang identitinya. Jadi, jangan cuba-cuba nak tiru ya.