in

Festival Rose d’Or Awards

MEDIA PRIMA MENYOKONG FESTIVAL ROSE D’OR 2012

Kumpulan pelaburan media berintegrasi yang terbesar dan utama di Malaysia, Media Prima Berhad (Media Prima), merupakan rakan media dalam acara malam pencalonan yang berprestij, Rose d’Or Nominees Night. Buat julung kalinya setelah 51 tahun, acara itu dianjurkan di Asia. Apa yang lebih membanggakan lagi, Kuala Lumpur telah dipilih sebagai destinasi bagi meraikan kemeriahan malam itu.

TV Entertainment Strategies - Challenges in a Globalised Market 2

The Rose d’Or Awards, adalah acara penganugerahan terpenting di dalam keseluruhan festival ini di mana ia mengiktiraf keaslian, kualiti dan kreativiti di dalam rancangan hiburan serta menggalakkan kecemerlangan dalam media televisyen dan media digital. Sejumlah 36 pencalonan daripada 12 kategori telah diumumkan semasa malam pencalonan yang bertempat di Kuala Lumpur semalam.

Terdahulu, dua panel diskusi telah diadakan dengan melibatkan beberapa tetamu khas antarabangsa. Antara panelis yang mengambil bahagian termasuklah Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen dan Ketua Pegawai Eksekutif Studio Primeworks, Media Prima.

Encik Izham adalah salah seorang ahli panel bagi sesi bertajuk “Strategi Hiburan TV – Cabaran di dalam Pasaran Global.” Antara ahli panel lain yang turut mengambil bahagian adalah Encik Marc Walder, Ketua Pegawai Eksekutif, Ringier Switzerland dan Jerman; Encik David Guo, Presiden Persatuan Promosi Eko-Filem Antarabangsa, Hong Kong; dan Encik Patrick Schult yang merupakan Eksekutif Media Bebas.

Menurut Encik Izham, “Kami amat gembira menjadi rakan media untuk acara berstatus antarabangsa dan berprestij tinggi seperti Rose d’Or Awards yang merupakan anugerah utama global buat industri hiburan TV.”

“Kami juga turut berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan sambutannya kerana ini adalah pertama kali malam pencalonannya diadakan di Asia dan secara tidak langsung mengiktiraf industri hiburan TV di rantau ini”.

“Dengan pengiktirafan dan kehadiran mereka di sini, semestinya ia bakal menyuntik semangat para karyawan industri hiburan TV di rantau ini termasuklah kami dalam menghasilkan kandungan karya televisyen yang lebih menarik dan lebih bersemangat kepada para penonton,” tambah Encik Izham.

Festival Rose d’Or Awards akan bermula dari 6 sehingga 10 Mei 2012 di Lucerne, Switzerland. Majlis Rose d’Or Awards pada 10 Mei akan menyaksikan setiap pemenang daripada kesemua 12 kategori termasuklah yang mendapat gelaran terbaik untuk 2012 akan dianugerahkan Golden Rose pada hari tersebut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Free LMFAO Tickets From Samsung GALAXY Y

Baju T Neelofa Untuk Peminat Setia Neelofa