Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), YBhg. Datuk Seri Haji Hasim bin Haji Ismail mengumumkan penganjuran kali ke-enam Festival Ramadan Putrajaya di Dewan Sri Melati, Kompleks PPj, Presint 3 hari ini.
Festival ini bermula dari 17 Mei sehingga 14 Jun 2018, dari jam 12.00 tengah hari hingga 12.00 tengah malam di kawasan Persiaran Perdana Presint 3, Kompleks Perbadanan Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) bertujuan menjadikan Putrajaya sebagai lokasi alternatif untuk mendapatkan barangan keperluan Ramadan dan Aidilfitri serta mengimarahkan sambutan bulan Ramadan di Putrajaya.
Mensasarkan 1 juta orang pengunjung, festival kali ini akan melibatkan keseluruhan 160 peniaga dan menjanjikan kelainan dengan penglibatan seramai 30 barisan selebriti popular termasuk Erra Fazira, Ella, Kaka Azraff, Sofi Jikan, Haiza, Saiful Apek, Ramlah Ram, Fasha Sanda dan ramai lagi yang membuka gerai jualan produk masing-masing. Festival ini turut menyediakan cabutan bertuah dengan hadiah yang lumayan dan persembahan ‘busking’ oleh para artis popular masa kini.
Terdapat 300 gerai yang menjual juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan Putrajaya bermula dari 4.00 petang hingga 8.00 malam. Selain daripada itu, terdapat 12 buah gerai dan 14 unit food truck yang menjual pelbagai juadah berbuka dari jam 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Pengunjung boleh memilih untuk berbuka puasa dan moreh di Laman Iftar berkonsepkan outdoor cafe di Kompleks PPj.
PPj turut bekerjasama dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) untuk program keagamaan dan kerohanian seperti Solat Tarawih bersama Imam dari Mesir, bayaran zakat fitrah “drive thru” dan ceramah agama pada setiap hujung minggu di bulan Ramadan dari jam 6 hingga 7 petang di MTMZA.
PPj akan meneruskan kempen-kempen bersama Alam Flora Sdn. Bhd. seperti Kempen Elakkan Pembaziran Makanan, Kempen Pengurusan Sisa Organik Melalui Pengkomposan, Kempen Pengumpulan Minyak Masak Terpakai daripada Bazar Ramadan dan Kempen Keselamatan Makanan.
Bagi mengeratkan hubungan pelbagai pihak, PPj juga turut menganjurkan Program Bubur Bersama Komuniti sempena sambutan Nuzul Al-Quran yang menggabungkan kerjasama antara PPj, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Wilayah Persekutuan dan Kejiranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Lembah Pantai.
Festival Ramadan Putrajaya 2018 ini dianjurkan secara usahasama PPj dengan syarikat Global Ace Resources Sdn. Bhd.
Datin Alyah
1) Barangan yang dijual: Barangan kosmetik dan contact lens. Barangan kosmetik seperti lipstick, serum, foundation, body suit dan barang-barang yang di endorse ermasuk produk saya.
2) Sambutan orang ramai: Sambutan Alhamdulillah, amat memberangsangkan dan tidak dijangka. Hari-hari saya pergi booth dan lihat ramai orang.Boleh tengok kuasa pembeli memang tinggi.
3) Perbezaan berniaga bulan Ramadan- Perbezaan berniaga bulan Ramadan, lebih meriah. Di Putrajaya ini, sebelah bazar barangan, ada bazar makanan Ada 400 gerai, jadi sebelum orang beli makanan, mereka akan singgah.
4) Keperluan untuk berniaga: Terima kasih pihak penganjur kerana beri peluang pada saya berniaga on ground. Kerana kalau berniaga Online boleh buat di rumah atau di mana-mana, tetapi ini offline, dan inilah peluang yang baik diberikan pihak penganjur. Peluang yang saya inginkan kerana beri pengalaman pada diri untuk berniaga.
5) Keterujaan berniaga :Saya sangat Tteruja berniaga di bulan Ramadan. Walaupun berpuasa di sampng rutin yang sangat sibuk, tetapi saya tetap diberikan peluang berniaga. Saya sesuaikan diri menjaga masa sebaik manikin dan saya akan berada di Putrajaya selagi ada waktu lapang. Hampir setiap malam.
Sarah Fazny
1) Apa yang menarik di Festival Ramadan Putrajaya dan kenapa kena datang:-
– Ada macam-macam jualan hari raya dari pada selebriti dan orang awam , contohnya baju raya, tudung, aksesori dan kuih raya. Selain itu ada cabutan bertuah dan baucar diskaun dari pihak penganjur.
2) Keperluan artis meniaga : Bagi Sarah yang buat homemade cookies, di samping itu bila meniaga, kita berkongsi citarasa kita, sebab selalunya khalayak suka tengok apa yang artis pakai. Sebab itu, Sarah jual apa yang Sarah pakai atau makan. Sarah jual cookies resipi family turun temurun seperti Biskut Sarang Semut Coklat , dan ada juga jual baju stylist/designer Hashtag Sri Hartamas and luvres serum yang Sarah pakai sebelum bersolek.
3) Kenapa orang ramai perlu datang ke Festival Ramadan Putrajaya (FRP):
FRP ini memudahkan orang ramai yang berada di Putrajaya dan kawasan berdekatan untuk membuat persedian awal bagi menyambut Syawal. Tidak perlu jauh-jauh ke Kuala Lumpur sebab di sini semua ada. Daripada barangan solek, kuih muih raya, pakaian serta kelengkapan raya yang lain semua ada.
Haiza Kool FM
1) Kenapa Haiza turut berniaga
Kerana booth Haiza ini berkonsepkan ‘under one roof’, semua ada seperti cookies Mad About Cake,My Haiza Parfum,Cakar Ayam Kudapan Citarasa My Haiza dan Baju Kurung Preloved
Haiza berniaga di bawah satu jenama iaitu My Haiza. Ada Cakar Ayam Kudapan Citarasa My Haiza, Parfum My Haiza, kuih dan kek raya Mad About Cake dan juga seleksi baju kurung terkini. Haiza juga jual baju tradsional terpakai (preloved) dengan harga yang boleh ditawarkan lagi. Kebanyakan baju-baju ini, Haiza pakai sewaktu membuat persembahan. Jadi daripada membazir tidak terpakai lagi, eloklah Haiza kongsikan dengan orang ramai.
Hanez Suraya
1) Barangan yang dijual: Hanez berniaga tudung @everyday_kl by Hanez Suraya dan @sambalbilisomakden by Hanez Suraya
2) Sambutan: Sambutan Alhamdulillah sbb kami dh ada followers sendiri so kita shout kat media sosial dan tarik mereka dtg ke booth.
3) Perbezaan berniaga di bulan Ramadan:
Berniaga bulan ramadhan ni seronok sbb org shopping xde limit lepastu dorg suka nak match2 kan baju n tudung mcm sambal plak mmg sesuai utk bulan puasa ni. Benda paling senang nak makan n sediakan utk sahur.
ELLA
1. Kenapa pengunjung harus datang ke FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018?
Pengunjung tak harus melepaskan peluang utk meluangkan masa berbelanja denga harga mampu dan barangan berkualiti baik sempena menjelangnya aidilfitri .
2. Produk yang dioffer sepanjang FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018?
Booth ELLA menawarkan jualan hebat rangkaian produk2 kesihatan dan kecantikan ELLA , rekaan jubah2 ekslusif cintaabaya , baju melayu mampu milik dan juga barangan peribadi ‘prelove’ ELLA .
Aiman Tino
1. Kenapa pengunjung harus datang ke FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018?
Saya ingin menyeru kepada semua pengunjung untuk hadir bersama-sama meramaikan Festival yang bakal dilangsungkan ini kerana banyak produk-produk yang menarik dan diskaun yang diberikan sangat hebat untuk menjelang syawal yang tidak lama lagi. Selain drpd itu, saya sendiri akan turut berniaga dan mencuba pengalaman berniaga di musim ramadan ini.
2. Produk yang dioffer sepanjang FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018?
Seperti yang semua sedia maklum, baru-baru ini saya baru melancarkan satu syarikat iaitu Manno Resources Sdn Bhd. Sebagai permulaan, kami akan mengeluarkan Jus Manno dan Jus Manno Junior yg berasaskan ramuan semula jadi.
Lan Solo
1) Barangan yang diniagakan: Butik Lan Solo / produk pakaian – seisi keluarga.
Kurma Lan Solo / produk makanan – kurma, buah2an kering & kekacang
2) Sambutan: Alhamdulillah.. tahun ini merupakan tahun ke 3 saya ber bisnes produk pakaian, sambutan sangat-sangat baik.Produk makanan baru cuba tahun ini namun nampak positif jugak
3) Perbezaan berniaga di bulan Ramadan: Berniaga pada bulan Ramadhan memang sangat-sangat berbeza dengan bulan-bulan yang lain. Kebanyakan orang yang datang butik/booth akan terss membeli segala keperluan raya. Kalau bulan-bulan lain, lebih kepada survey, cuci mata dan jalan-jalan.