in , ,

Festival Islamik 2011 Dibatalkan Penganjur Buat Hal

Festival Islamik 2011 Dibatalkan Kerana Penganjur Buat Hal!

Semalam sebuah sidang media telah dilakukan untuk mengwar-warkan tentang Festival Lagu Islamik 2011, festival yang menjanjikan gabungan artis dari seluruh dunia termasuk Afrika Selatan (Zian Bhikha), Indonesia (Debu dan Opick), Perancis (La Rappel dan Khalid Belrhouzi), Australia (The Brothahood) dan Brazil (Ziryab).

Namun, tinggal sehari sebelum festival ini berlangsung ia sudah dibatalkan disaat-saat akhir berikutan beberapa masalah daripada pihak penganjur.

noor-03

Festival lagu islamik 2011 dijadualkan akan berlangsung di Dewan Planery, KLCC, 30 April dan 1 Mei ini telah mengejutkan peminat yang tak sabar menontonnya. Apatah lagi ada yang sudah menempah tiket.

Sebilangan artis dari Indonesia, USA, Perancis, Jerman, Australia, Afrika Selatan dan lain-lain sudah pun tiba di Malaysia. Malah masing-masing teruja dan tak sabar untuk mengadakan persembahan semasa ditemui pada majlis sudang media di Kuala Lumpur pada 27 April lalu.

Kesemua teruja di atas sebab mahu bersatu dalam menyampaikan mesej yang baik kepada pendengar. Namun, ada yang mendakwa penganjuran itu satu penipuan kerana dewan Planery tidak menerima tempahan untuk mengadakan konsert.

Ada peminat yang tidak berpuas hati menulis status di laman sosial mengatakan penganjur tersebut pernah menimbulkan masalah sama sebelum ini.

“Kalau sudah dua kali menipu sepatutnya pihak bertanggungjawab mengambil tindakan tegas dengan tidak membenarkan orang itu menganjurkan acara lagi,” kata seorang pengomen difacebook.

Mereka juga melahirkan rasa sedih kerana hasrat murni artis nasyid seluruh dunia tidak kesampaian malah menjadi mangsa penipuan.

Eksekutif Periklanan dan Promosi yang dilantik oleh penganjur untuk menguskan media, Aida Hussin mengakui konsert itu telah dibatalkan hari ini.

“Saya sudah menarik diri bila nampak ada masalah dengan penganjuran. Saya hanya berurusan untuk mempromosi sahaja,” jelas Aida.

Pelakon dan pengacara, Wardina juga menyatakan kekesalannya dengan sikap penganjur melalui laman sosial Facebook miliknya.

“Islamic Song Festival di Convention Centre dibatalkan harap maklum…. pada saya pihak penganjur yang juga TIDAK menjaga kebajikan artist2 ini sewaktu mereka mula sampai perlu bertanggungjawab, lepas dihidu media baru terhegeh2 nak betulkan keadaan…makan tak bagi , bilik sumbat ramai2…. hampir juga mereka ditendang keluar dari hotel…saya memang marah….dan MALU!” jelas Wardina.

Dalam satu statusnya yang lain, Wardina mengatakan penganjur berkenaan sudah dua kali menipu sebegini.

“Dan yang menjadi persoalaan..ini kali KEDUA penganjur SAMA buat begini..menipu atas dasar nama “KONSERT ISLAM” – Persoalaan saya – siapa beri dia keiizinan ini? Kenapa Non Muslim ini yg sudah “menipu” kali pertama dibenarkan “handle” Konsert Islamic? Siapa boleh jawab?” luahnya lagi.

Pada penganjur berkenaan, diharap mereka boleh tampil kehadapan untuk memberi penjelasan terhadap perkara ini, kerana ia bukan sahaja memalukan negara Malaysia tetapi juga institusi keislaman.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Album Katy Perry Teenage Dreams

Album Kompilasi D’lloyd