Seramai lebih 80,000 pengunjung rata-ratanya warga negeri Melaka membanjiri Festival AJL30 yang berlangsung dengan jayanya pada Sabtu 9 Januari 2016 seawal jam 2.00 petang dan tamat sekitar jam 11.00 malam.
Kemuncak acara festival itu adalah pada Konsert Festival AJL30 yang berlangsung secara siaran langsung di TV3 pada tepat jam 9.00 malam. Malah konsert itu boleh ditonton secara global dan dalam definisi tinggi (HD) di portal video www.tonton.com.my
Konsert festival itu dibuka penuh warna-warni sesuai dengan sambutan 30 tahun AJL oleh Ratu Pop Etnik, Noraniza Idris dengan membawakan lagu Dikir Puteri dan Hala Timur membawa penonton mengimbau kembali persembahan mantap beliau seringkali di pentas AJL. Noraniza Idris turut berduet dengan Ihab selaku anak didik beliau menerusi lagu Puncak Gapura.
80,000 Pengunjung Raikan 2016 Di Festival AJL30
[dropcap]M[/dropcap]eneruskan persembahan mantap ialah finalis AJL30 Kaka Azraff yang membuktikan keunikan vokalnya dengan membawa lagu Janji Manismu (Juara Lagu 1990) yang pernah dinyanyikan oleh Aishah dengan rendisinya yang tersendiri selain lagu medley miliknya Bawa Daku Pergi dan Terpulanglah.
Menggamatkan pentas malam itu ialah kemunculan juara AJL1991 Rahmad Mega dengan lagu Takdir & Waktu yang juga membawakan lagu hit Nina Karina serta Bayangan Gurauan.
Memanaskan konsert Festival AJL30 ialah Drama Band dengan lagu Cerita Dia dan medley lagu tema drama Juvana (TV3) Babak Pertama. Drama Band turut membawakan Juara Lagu AJL ke-23 nyanyian Meet Uncle Hussain berjudul Lagu Untukmu.
Imbauan kepada detik detik manis AJL sebelum ini juga dibawakan menerusi klip video pendek menampilkan saat gemilang di pentas juara lagu.
Dayang Nurfaizah pemenang vokal terbaik AJL29 turut membawakan lagu ‘berhantunya’ Di Pintu Syurga dan Juara Lagu Berjudul Bahagiamu Deritaku (AJL28) yang merupakan lagu Hafiz Suip.
Menggamatkan suasana apabila kemunculan Nash dengan lagu lagu lagenda seperti Pada Syurga di Wajahmu, Kamelia, Di Halaman Rindu dan Tiada Lagi Kidungmu. Para pengunjung masing-masing turut nyanyi bersama memeriahkan lagi konsert malam tersebut.
Penutup Festival AJL30 yang juga merupakan acara tapak pembuka tirai 2016 ditutup meriah dengan Persembahan Bunkface yang membawakan Juara Lagu 1994 Tanya Sama Itu Hud-Hud serta medley Darah Muda dan Situasi.
Kemeriahan konsert bukan sahaja dapat dirasai di tapak acara, kaca TV mahupun di portal tonton malah #AJL30 itu juga mendapat top ‘trending’ di Malaysia menerusi Twitter. Para pengunjung juga turut mengambil kesempatan mendapatkan barangan eksklusif AJL30 seperti kemeja-T, kalendar dan kompilasi poster mini 12 finalis di mana kesemuanya habis terjual pada malam tersebut.
Acara yang mendapat kerjasama oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah itu turut disertai artis seperti Tasha Manshahar, Azmil Karim, Ronnie Hussein, Sarah Fazny, Monalyssa, SIR, Masweera serta kunjungan Harian Metro Rovers, dan Hot FM Zoomers pada sesi acara di sebelah petang. Malah edisi khas rancangan Muzik Muzik Sakan AJL30 turut bersiaran secara langsung dari pentas utama pada jam 6.00 petang.
Penantian seterusnya kini adalah Anugerah Juara Lagu yang bakal dipancarkan oleh Pamoga Qu Puteh pada Ahad 24 Januari 2016 secara langsung dari Stadium Malawati, Shah Alam eksklusif di TV3 yang bakal membuktikan penganjuran anugerah muzik paling berprestij telah pun mencapai ‘3 Dekad Mencipta Fenomena’ selain mengangkat tema kegemilangan dan kemeriahan 30 tahun AJL.
Berikut ialah 12 buah lagu yang bakal bertanding di AJL30.
NO | LAGU | PENYANYI | KOMPOSER | PENULIS LIRIK |
1.      | MALAM INI KITA PUNYA | BUNKFACE | SAM BUNKFACE
|
SAM BUNKFACE |
2.      | ANGIN KENCANG | NOH SALLEH | NOH SALLEH
|
NOH SALLEH |
3.      | ASSALAMUALAIKUM | FAIZAL TAHIR | FAIZAL TAHIR, MIKE CHAN, OMAR K, EZRA KONG, AUDI MOK | FAIZAL TAHIR, MIKE CHAN, OMAR K, EZRA KONG, AUDI MOK |
4.      | BUKAN HAL AKU | KAKA AZRAFF & ALIF | THE GOOD FELLAS
|
THE GOOD FELLAS |
5.      | SAMPAI MATI | HAZAMA | OMAR K & AUDI MOK | OMAR K |
6.      | HANYA NAMAMU | CALIPH BUSKERS | EDRY ABDUL HALIM
|
EDRY ABDUL HALIM |
7.      | KNOCK KNOCK | ELIZABETH TAN | FAIZAL TAHIR & MIKE CHAN | FAIZAL TAHIR & MIKE CHAN |
8.      | BIARKANLAH | DRAMA BAND | AEPUL ROZA, AMMAR HABIR, DAUS SRK DAN FAEEZ HALIM | AEPUL ROZA, AMMAR HABIR, DAUS SRK DAN FAEEZ HALIM |
9.      | NOT FOR SALE | STACY | MIKE CHAN & OMAR K | MIKE CHAN, OMAR K & ALTIMET |
10.   | MANA MUNGKIN | BLACK | AJAI | AJAI |
11.   | POTRET | AKIM & THE MAJISTRET | HANG NADIM
|
KAMAR EMPAYAR |
12.   | TAK PERNAH MENYERAH | DAYANG NURFAIZAH | AKID | POJI SAMAD |
Mengenai Vida Beauty
Sejak ditubuhkan pada 1998, VIDA BEAUTY masih lagi bertahan dalam pasaran tempatan sehingga kini dan merupakan antara syarikat bumiputera yang tertua di Malaysia dalam menghasilkan produk-produk kesihatan tradisional dan kosmetik yang berkualiti. Sehingga kini, Vida Beauty sudah menghasilkan lebih dari seratus(100) produk kesihatan yang berkualiti dan masih mendapat permintaannya amat memberangsangkan.
Jus PAMOGA merupakan antara produk kesihatan pertama yang dihasilkan oleh VIDA BEAUTY yang mempunyai kesan yang luarbiasa yang mampu mengatasi penyakit – penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya. Sehingga kini Jus Pamoga masih lagi gah bertahan dipasaran tempatan selama bertahun-tahun dan kredibilitinya masih lagi mampu bersaing dengan produk kesihatan tempatan dan luar negara yang berada dipasaran.
Vida Beauty sentiasa peka dengan keperluan dan kehendak pelanggan memgikut aliran semasa. Selepas kejayaan Jus Pamoga, Vida Beauty sekali lagi memberanikan diri untuk menghasilkan produk minuman kesihatan yang mampu memenuhi keperluan pengguna-pengguna di Malaysia terutamanya kaum wanita yang ingin tampil cantik, putih, sihat dan lebih berkeyakinan. Pada tahun 2013, Vida Beauty telah menghasilkan lagi satu produk dibawah rangkaian jenama Qu Puteh Beauty.
Setelah tiga (3) bulan dilancarkan, permintaan produk minuman Qu Puteh semakin meningkat dan sering menjadi sebutan para wanita di Malaysia yang menginginkan kulit yang cantik, gebu serta mulus. Bagi melengkapkan rangkaian produk Qu Puteh Beauty (untuk kecantikan dari hujung rambut ke hujung kaki); Set Kosmetik Qu Puteh, losyen ‘Slim Gebu’, dan Stemcell Coffee dihasilkan.
Sejajar dengan perkembangan produk-produk Vida Beauty, Vida Beauty kini sudah mempunyai empat puluh (40) cawangan diseluruh Malaysia dan disokong oleh hampir dua ratus (200) kakitangan. Selain itu, Vida Beauty juga mempunyai puluhan pengedar bagi pasaran tempatan dan luar negara (Indonesia, Singapura dan Brunei).
Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.facebook.com/vidabeauty.hq.