in ,

Fenomena Drama Bersiri DILEMA WANITA Musim Ke-11

Masih ingatkah anda drama bersiri “Dilema Wanita” yang pernah mencipta fenomena di kalangan penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang memaparkan kisah suka duka insan bergelar wanita? Dilema Wanita mengangkat permasalahan dan pergolakan hidup dalam hati insan bergelar isteri, ibu dan wanita dalam masyarakat. Di akhir rancangan, ia akan disusuli nasihat daripada pakar motivasi, Datuk Dr Fadzillah Kamsah sebagai panduan bagi wanita yang menghadapi masalah sama.

Kali terakhir musim ke-10 sekitar tahun 2010 yang lalu, program yang mendapat reaksi positif penonton ini kembali untuk musim yang ke-11 mulai 15 April ini, setiap Jumaat, pukul 3.05 petang menerusi saliran TV1.

Eira Syazira dalam salah satu episod

Fenomena DILEMA WANITA Kembali Musim Ke-11

[dropcap]T[/dropcap]ampil menerusi 13 episod dengan paparan isu dan pelakon berbeza setiap episod, drama bersiri terbitan Global Station Sdn Bhd ini berjaya mengangkat permasalahan kaum Hawa yang sering dianggap remeh dalam kalangan masyarakat sama ada kerjaya, perkahwinan dan sebagainya.

Ikuti kisah dilema Saidatul bila anak lelakinya Ilman yang baru berkahwin dengan menantu pilihannya berhasrat mahu berhenti kerja. Ilman mahu memulakan perniagaan sendiri. Naluri seorang ibu menghalang kerana beranggapan Ilman merupakan lulusan bidang farmasi dari universiti di Mesir dan baru mendirikan rumahtangga. Ilman salah faham dengan pendirian ibunya dan beranggapan ibunya tidak ikhlas dalam memberi pelajaran kepada anak sendiri. Apatahlagi bila Ilman mengugur mahu meminjam wang daripada keluarga mentuanya sebagai modal untuk memulakan perniagaan.

Saksikan juga cerita Maisarah dalam episod “Waliku Pengantin Baru”, sebagai anak berdepan situasi dilema untuk mengadakan persiapan majlis perkahwinannya dengan Azri. Ini kerana pada masa sama dia mendapat tahu ayahnya, Halim juga sedang merancang untuk berkahwin dengan wanita lain yang seusia Maisarah. Ayahnya minta dia merahsiakan perkara itu sementara Maisarah berdepan rasa bersalah sekiranya menyembunyikan hal itu daripada pengetahuan ibunya sendiri.

Kisah Khairin yang sanggup membujang kerana tanggungjawabnya terhadap adik-adiknya, Khairul dan Rohaizad pula melatari episod berikutnya. Keadaan membuatkan Khairin dilema bila adik-adiknya itu tidak mahu bekerja setelah tamat belajar. Mereka berdua sering menyusahkan ibu dan ayah mereka. Bila disuruh mencari kerja, pelbagai alasan diberi. vKhairin sedih dengan sikap adik-adiknya dan menganggap itu salah dia sebab dari kecil mereka dimanjakan sangat. Ibu dan ayah Khairin tidak menyalahkan Khairin dan mereka kata selagi mereka boleh tanggung kedua-duanya, mereka akan tanggung. Tapi sampai bila?

Turut diketengahkan watak Rafidah seorang suri rumahtangga berada dalam dilema bila dia terpaksa berhadapan dengan kerenah jiran tetangga yang kadang kala dilihatnya seakan mengambil kesempatan ke atas dirinya. Berusia dalam lingkungan pertengahan 50an dan sangat-sangat mengambil berat tentang kesihatannya jadi dia kelihatan cergas. Memandangkan semua anak-anaknya telah dewasa dan ada yang telah berumahtangga Rafidah sering dijadikan tempat untuk jiran sekeliling meminta tolong. Namun mereka langsung tidak menghiraukan keadaannya yang kadang-kadang kepenatan dan terpaksa menghadiri kelas pengajian fardhu ain.

Dalam tajuk “Mendung Semalam” kongsikan kisah Juliana baru mendirikan rumahtangga dengan Norman, seorang duda. Namun segala yang dibayangkan Juliana tidak seindah apa yang dihadapan matanya. Juliana dalam dilema bila Norman telah menunjukkan sifat mementingkan diri. Dia selalu mengajak saudara mara arwah isterinya datang ke rumah. Alasannya tidak mahu hubungan mereka terputus selepas isterinya meninggal dunia. Juliana juga tertekan bila adik-beradiknya sendiri tida dibenarkan bermalam dirumahnya gara-gara memberi laluan kepada kawan-kawan dan bekas ipar duai Norman.

Watak Juita pula berdepan dilema bila mendapat tahu ibunya, Junaidah yang baru sahaja setahun menikah mengalami tekanan yang teramat akibat perbuatan suami barunya. Junaidah tertekan kerana sikap Zainal yang melebihkan anak-anak sendiri hingga mengetepikan haknya sebagai isterinya. Junaidah terpaksa melayan kerenah anak-anak Zainal. Malah lebih membuatkan Juita marah bila mendapat tahu ibunya yang masih bekerja terpaksa menyara kehidupan suami barunya sekeluarga.

Tujuh lagi kisah seterusnya berkaitan dilema wanita tentang berdepan cabaran bila ibu mentua melebihkan bekas menantu, kisah perebutan hak penjagaan anak dengan keluarga bekas mentua, adik yang mengetahui kecurangan kakak iparnya, wanita yang serba salah dipaksa oleh ipar duai untuk berhenti kerja untuk menjaga ibu suaminya yang sakit dan dilema wanita bujang yang sentiasa diintai jodoh dengan suami orang.

Antara pelakon terlibat Baizura Kahar, Fahmi Harmi, Liza Abdullah, Tasha Shila, Mustafa Kamal dan Eira Syazira.

Tasha Shila dalam episod Waliku Pengantin Baru

Datuk Dr Fadzillah Kamsah ... pakar motivasi undangan

babak sedih Tasha Shila episod Waliku Pengantin Baru

babak konflik dalam salah satu episod Waliku Pengantin Baru

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Seronok Dapat Menginap di THE EMPIRE HOTEL SUBANG

Apa Rasa Bila Dapat Kejutan Upgrade Seat Biasa ke IMAX