Mengetengahkan tajuk “Fenomena Bumi Bergegar”, program Simfoni Alam yang bersiaran pada 20 Disember ini, pukul 2.00 petang di TV1 membawa tumpuan penonton mendekati kawasan kaki Gunung Kinabalu yang telah terjejas teruk akibat gempa bumi yang berlaku sebelum ini.
Program SIMFONI ALAM Fenomena Bumi Bergegar di TV1
Program terbitan Rapitah Sulaiman, RTM Sabah ini kesinambungan kepada episod satu yang disiarkan minggu lalu yang mendapat reaksi positif di kalangan penonton.
Ia berkongsi memaparkan kajian dua orang ahli Geologi dari Jabaran Mineral dan Geosains negeri Sabah mengenai kesan paling dahsyat dan menggerunkan musibah gempa di beberapa buah kampung di kaki Gunung Kinabalu.
Paparan turut melihat kajian laluan baru pendakian Gunung Kinabalu yang telah dibuka semula setelah 6 bulan di tutup kepada umum. Krew Simfoni Alam turut dibawa melihat satu lagi lokasi yang sedang menghadapi konflik kemungkinan tercetusnya gempa akan datang di negeri Sabah.
Penonton turut berpeluang memenangi hadiah yang menarik daripada kami menerusi kuiz mingguan yang diadakan bagi menghargai sokongan peminat. Semuanya dalam Simfoni Alam di TV1.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.