Semasa acara Thank You Party 7 Hari Mencintaiku 2 semalam, hadirin dipertontonkan dengan babak permulaan bagi musim ke-3 di mana ia memberi bayangan Khuzairi (lakonan Shukri Yahaya) terlibat dalam kemalangan manakala Pak Samad (Kazar) meninggalkan pesanan terakhir buat anak dan menantu.
Budiey sempat bertanya kepada penulis karya, Puan Siti Rosmizah tentang idea dan proses untuk mengekalkan momentum emosi penonton dan menurutnya, untuk mencipta impak luar biasa katanya bukan sesuatu yang mudah. Banyak sudut perlu diambil kira.Â
Menurut Siti Rosmizah, dia bersyukur kerana karyanya mendapat sokongan sehingga menerima banyak permintaan daripada peminat untuk sambungan siri seterusnya.
“Kejayaan dua karya saya sudah dijangka kerana melihat pada jualan novel ini yang begitu laris jadi secara dasarnya peminat- peminat novel ini telah pun sedia ada.
“Saya berterima kasih pada pihak TV3 yang memberi kepercayaan pada syarikat produksi saya SR One Sdn Bhd untuk menerbitkan drama ini.
“Saya juga bersyukur atas sokongan para penonton dan peminat novel kerana kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa mereka. Insya-Allah atas permintaan ramai, 7 Hari Mencintaiku 3 bakal menyusul tahun hadapan.
“Mudah-mudahan saya terus sihat untuk terus berkarya. 7 Hari Mencintaiku 3 adalah hadiah teristimewa dari saya dan pihak TV3 buat anda semua,”Â
– Siti Rosmizah
Siti Rosmizah mengumumkan berita gembira itu ketika majlis ‘Party 7 Hari Mencintaiku 2‘ yang diadakan di De.Wan 1958 by Chef Wan, The Linc, Kuala Lumpur pada Rabu.
Episod akhir drama yang mengisi slot Akasia itu, meraih lima juta tontonan ketika disiarkan pada 17 Ogos lalu, menyamai rekod siri pertama drama berkenaan sebanyak 28 episod pada 2016.
Selain Shukri dan Kazar, drama yang menjadi fenomena itu dibintangi oleh Siti Saleha, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifly, Liza Abdullah, Wafariena, Jasmin Hamid, Jaja Ilias dan Bil Azali.
Tonton video penuh di saluran Youtube Budiey Channel