in ,

Fendy Caliph Buskers Tak Mampu Bayar Sewa Rumah, Mohon Rumah PPR

Anggota kumpulan Caliph Buskers, Fendy Adlun, 30, bersyukur kerana kegusarannya mendapat perhatian pihak kerajaan. Fendy memuat naik video memohon perhatian pihak kerajaan untuk memudahkan dirinya mendapat kelulusan rumah mampu milik atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) di akaun media sosial Jumaat lalu.

Hampir kesemua wang simpanannya digunakan untuk menyara kehidupan bersama seorang anak, pemain dram Caliph Buskers, Fendy Adlun berkata sudah setahun lebih dia bergantung pada duit simpanannya.

Menurut Fendy, jika sudah kehabisan duit, dia terpaksa pulang ke kampung halamannya di Perak. Tidak hanya berpeluk tubuh, Fendy membuat persembahan melalui online untuk dapatkan bantuan.

CALIPH BUSKERS

“Hampir tiga bulan saya dah macam nyawa-nyawa ikan. Sudah hujung-hujung sebab terdesak sangat. Duit simpanan dah habis, setahun lebih saya survive gunakan duit simpanan.

“Sampai satu tahap saya rasa dah tak boleh, kena buat sesuatu. Itu yang saya buat video untuk dapatkan bantuan,”

Dalam pada itu, Fendy berkata tujuan dia memuat naik video di Facebook adalah untuk meminta bantuan rumah mampu milik daripad pihak berwahib kerana tidak mampu untuk membayar sewa yang mahal.

“Saya fikir kalau tak dapat nak survive dekat sini mungkin saya akan balik kampung dan tunggu sampai keadaan baik semula.

“Saya tak ada bantua, bulan depan adalah bulan terakhir saya duduk di rumah ni sebab tak boleh bayar. Saya pindah sini bulan April dan tinggal berdua dengan anak. Alhamdulillah bab makanan memang tak terputus tapi masalah nak bayar sewa rumah dan utiliti,”

Terdahulu, Fendy berkahwin dengan seorang lagi anggota Caliph Buskers iaitu Nadira Rubin pada Mei 2014, namun bercerai pada 2018. Pasangan itu dikurniakan seroang cahaya mata kini berusia 6 tahun.

Fendy

“Kami Ada Bantu Fendy… Bantuan Bulanan Patut Dia Dapat Dari JKM, Baitulmal” – AZMI

“Kami ada bantu Fendy, tapi apa yang termampu saja. Namun, kisah Fendy ini memang sedih dan kami semua bersimpati. Sebenarnya, dia (Fendy) dah mula terjejas sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 lagi, tapi cuba bertahan dengan wang simpanannya. 

“Fendy, memang pandai menyimpan wang selama ini dan tak boros berbelanja. Tapi, keadaannya menjadi rumit selepas berpindah menyewa seorang diri bersama anaknya di kondominium di Sentul itu yang sewanya mahal. 

“Ditambah sejak pandemik Covid-19 melanda memang tahun lalu, Caliph Buskers kurang dapat tawaran. Bahkan aktiviti persembahan nyanyian secara terbuka pun tak dibenarkan,” kata vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat, 34, yang lega apabila nasib rakannya yang juga pemain dram kumpulan itu, Fendy Adlun, 30, kini mendapat perhatian bantuan daripada pelbagai pihak. 

Azmi dihubungi memberitahu rakan Caliph Buskers pun sebelum ini ada juga membantu Fendy, tapi mana yang termampu oleh mereka kerana masing-masing pun ada komitmen. 

Menurut Azmi, dia bersama rakan Caliph Buskers lain juga tidak terkejut dengan tindakan Fendy berkongsi kesusahan dialaminya di media sosial dan tular. Katanya, Fendy memang layak mendapat bantuan ketika ini. 

“Lagi pun, ada bantuan bulanan yang patut dia dapat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk orang kurang upaya (OKU) serta Baitulmal, tapi tak dapat. Itu yang membuatkan dia lebih susah untuk kewangan. 

“Apapun, saya berterima kasih kepada semua pihak yang tampil membantu Fendy dalam situasi wabak sekarang. Kami dari Caliph Buskers ini adalah pemuzik OKU dan tetap berusaha meneruskan kelangsungan hidup kerana sedar banyak orang lain juga terjejas. 

“Namun, paling buat saya tersentuh tentang Fendy, apabila dia sanggup menjual peralatan muziknya untuk menampung kehidupan. Ketika dia bertindak menjualnya, saya terkejut. Tapi, ada juga saya beli peralatan dijual itu. 

“Harapan saya kini, semoga Fendy mendapat rumah dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dinginkan, sebab dia dah pernah mohon tapi, tak dapat. Kediaman penting untuk dia dan anaknya berteduh,” ujarnya lagi. 

Selain Azmi dan Fendy, Caliph Buskers dianggotai Zaki Ismail selaku pemain basis, Nirwan Zainalabidin (pemain gitar) serta bekas isteri Fendy, Nadira Rubiana (shaker). 

Meskipun semua anggota Caliph Buskers berhadapan terjejas kehidupan, tapi tidak serumit Fendy. Azmi berkata Zaki ada dapat rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) manakala, Irwan kini menjalankan perniagaan menjual kek bersama isterinya. 

Terdahulu, Fendy menjadi perhatian ramai apabila membuat pendedahan keadaan kehidupannya yang sangat memerlukan bantuan kini terutama rumah kerana tidak lagi mampu membayar sewa kerana punca pendapatan terjejas. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Benjy Anak Azean Irdawaty Meninggal Dunia di Medan Akibat Serangan Asma

Rina Harun Tampil Mohon Maaf, Perjelas Tindakannya Suap Anak Fendy Caliph Buskers