Femes Fish Head Sandal atau Sandal ‘kepala ikan’ menjadi tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia yang ingin tampil bergaya dengan mengekalkan keselesaan dan kebebasan. Femes Factory kali ini memperkenalkan koleksi terbarunya iaitu Femes Fish Head Sandal edisi CMYK yang bakal memberi kelainan kepada pemakainya yang mahu kelihatan feminin dan santai dengan pelbagai keunikannya yang tersendiri dan variasi warna yang pastinya menjadi pilihan rakyat Malaysia pelbagai generasi.
Femes Fish Head Sandal edisi CMYK diinspirasikan dari proses percampuran pigmen warna yang lazim digunakan di dalam percetakan. Hasil gabungan warna dari CMYK (cyan, magenta, yellow, black) mampu menerbitkan pelbagai warna untuk mereproduksi gambar sehingga dapat mencapai hasil yang sempurna.
[pullquote align=“left”]Femes Fish Head Sandal edisi CMYK turut didatangkan dengan 10 pilihan warna yang boleh dipakai oleh rakyat Malaysia bersesuaian dengan iklim Malaysia yang agak panas.[/pullquote]
Manakala, keistimewaan koleksi terbaru keluaran Femes Factory ini ialah dengan menitik beratkan keselesaan pada pemakai dengan menampilkan teknologi #ExtraCushionExtraSelesa iaitu dilengkapi kusyen yang lebih tebal di bahagian tapak serta ideal untuk gaya kasual kerana materialnya yang ringan ketika dipakai.
Femes Fish Head Sandal edisi CMYK dijual pada harga RM79 seunit bersama kos penghantaran. Sebarang info lanjut mengenai Femes Fish Head Sandal edisi CMYK boleh kunjungi laman facebook Femes Factory dan juga di laman instagram @FemesFactory dan @FemesCatalogue.