in

Femes Bazaar Bertema ColorBlock Meriah Dengan Fashionista

Atas permintaan ramai dan sambutan yang menggalakkan, FEMES BAZAAR kembali lagi menggamit perhatian pengunjung fashionista.

Berikutan sambutan yang amat menggalakkan, FEMES BAZAAR kini didatangkan kembali, khas buat semua! Dengan menempatkan sebanyak 60 buah gerai, bazaar ini tentunya ‘syurga’ bagi golongan pembeli yang sentiasa dambakan kepelbagaian!

Selain daripada menyediakan tapak perniagaan bagi keperluan para peniaga yang ingin menjana pendapatan sampingan, bazar ini ‘menyajikan’ kepelbagaian kepada para pembeli! Bermula dengan barangan seperti pakaian dari hujung rambut ke hujung kaki, sehinggalah makanan juga perkhidmatan, FEMES BAZAAR menawarkan variasi produk kepada para pelanggan. Segala yang ditawarkan di sini adalah bagi melengkapi keperluan pengguna yang pelbagai!

Femes Bazar

FEMES BAZAAR juga menampilkan barisan peniaga blog terkenal (blogshop) yang akan turut berniaga di gerai-gerai yang disediakan. Melalui saluran yang diwujudkan ini, para pengunjung berpeluang untuk membeli secara terus daripada para peniaga blog-blog ini. Jika sebelum ini para pengunjung hanya berpeluang melihat barangan yang ditawarkan secara atas talian (online), kini mereka berkesempatan untuk meneliti produk pilihan secara langsung; hal ini tentunya memberi kepuasan maksima kepada pembeli! Para peniaga blog yang bakal menyerikan bazar ini adalah Femes Factory, Nuna Handmade , Garden Paisley , Look by Teerarara , SriKandi Love , MarsVenus Collection dan ramai lagi.

Di samping itu, bazaar ini turut memberi peluang kepada para pengunjung untuk mendekati selebriti-selebriti kegemaran mereka! Dengan menampilkan seramai 16 orang selebriti yang bakal menyerikan bazaar bersama produk-produk mereka, FEMES BAZAAR tentunya menampilkan kelainan bagi para peminat barisan selebriti tanah air!

Berikut adalah barisan artis yang terlibat :

– Yasmin Hani
– Atilia Haron
– Daphne Iking
– Kilafairy
– Hanez Suraya
– Zahiril Adzim
– Shera Aiyob
– Aida Khalida (Aida Rahim)
– Monoloque
– Karl Shafek;
– Kaka Azraff
– RajaFarah
– Santhawan Boonratana
– Cenderawasih Secret oleh Linda Rafar dan Diana Rafar
– Mia Kamil (Anak Wayang).
– Teratak Pak Ajis oleh Datuk Aziz Sattar

MATLAMAT FEMES BAZAAR
Tujuan FEMES BAZAAR diadakan adalah untuk mengenahkan bakat artis selain daripada menyanyi dan berlakon , mereka juga sebenarnya mempunyai citarasa yang tinggi didalam bidang fesyen dan masakan.Jadi kami di FEMES BAZAAR mengambil inisiatif untuk membuka mata pengunjung dan peminat-peminat supaya merasa lebih dekat dengan artis kegemaran mereka malah dapat bersua muka , berkenalan , membeli , bertukar tangan dan beramah mesra.matlamat kami supaya mengalakan dan memberi ruang untuk artis memperkenalkan produk mereka.

Malah FEMES BAZAAR juga sebenarnya platform untuk blogshop-blogshop mendapatkan publisiti daripada media seperti majalah , suratkhabar dan television.Pengalaman selama 5 tahun menjadi peniaga online membuatkan saya terdetik untuk memperjuangkan peniaga-peniaga online supaya produk mereka mendapat publisiti yang meluas dan dikenali seluruh Malaysia,Mereka mempunyai citarasa yang amat tinggi dan ‘FAST FORWARD’ di dalam fesyen , tapi malangnya tiada sumber untuk bakat dan citarasa mereka untuk diketengahkan.

Waktu operasi bazaar adalah seperti berikut:
FEMES BAZAAR : episode II : KALERBLOK THEME
2hb & 3hb Februari 2013 (Sabtu &Ahad)
10.00 pagi hingga 5 petang
RASTA, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail

http://www.femesfemes.blogspot.com atau Facebook http://www.facebook.com/femesbazaar

Femes Bazar

Femes Bazar

Femes Bazar

Femes Bazar

Femes Bazar

Femes Bazar

Femes Bazar

Femes Bazar

Femes Bazar

Femes Bazar

Femes Bazar

Femes Bazar

Femes Bazar

Femes Bazar

Femes Bazar

Femes Bazar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tasha Shilla Mengakui Sedang Bercinta Dengan Seorang Lelaki?

Maxis Memperkenalkan Peranti 4G LTE Yang Pertama