in

Felixia Yeap Tidak Benar Liputan Media Majlis Peluk Islam

Model berbangsa Cina, Felixia Yeap tidak membenarkan sebarang liputan media atau publisiti mengenai majlis pengislamannya yang dijangka diadakan pada Khamis. Enggan mendedahkan lokasi dan masa dia akan memeluk Islam, Felixia, 28, mahu semua pihak khususnya golongan media menghormati niatnya untuk berhijrah.

Felixia Yeap

“Benar saya akan mengucap kalimah syahadah hari ini. Tapi biarlah lokasi dan masanya menjadi hak peribadi saya. Apa yang pasti bukan di Hidayah Centre, saya tidak pernah ke sana.”

Penegasan bekas model seksi beberapa majalah antarabangsa termasuk majalah lucah, Playboy itu dibuat berikutan salah faham yang timbul kononnya dia gagal muncul di pejabat Hidayah Centre di Taman Melawati, Kuala Lumpur iaitu lokasi dia dikatakan akan memeluk Islam.

Sejak awal pagi Khamis, sekumpulan wakil media hadir ke lokasi berkenaan bagi merakamkan detik penghijrahan Felixia namun kecewa apabila dia tidak hadir.

“Siapa yang sebarkan berita ini? Sebarang penjelasan sila hubungi Hidayah Centre. Apa yang pasti bukan dari saya.”

Pada 27 Jun lalu, Felixia mengumumkan secara rasmi untuk memeluk Islam menerusi akaun Facebooknya selepas beberapa bulan mendalami hal ehwal Islam.

Dia memilih untuk memeluk Islam pada Khamis bersempena dengan sambutan ulang tahun kelahirannya hari ini yang kebetulan jatuh pada bulan Ramadan. – Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Noraniza Idris, Razis Ismail & Azmir Arif Lancar Lagu Raya

Tasha Shila & Ajak Shiro Pengacara Baru Galaksi TV9