in

Feel Good Run Terima Sambutan Hebat

Acara Feel Good Run Terima Sambutan Hebat 5,000 Peserta Dalam Masa 4 Minggu

Pendaftaran acara larian Feel Good Run 2012 kini secara rasminya ditutup walaupun tarikh asal penutupannya adalah pada 1 Jun ini. Ini adalah ekoran penyertaan yang menggalakkan dan kejayaannya dalam mencapai sasaran seramai 5,000 orang peserta dalam hanya empat minggu sejak pendaftarannya dibuka 21 Mac lalu yang ternyata turut merupakan rekod baru berbanding penganjurannya tahun lepas.

Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV berkata, “Kami amat gembira dengan sokongan luar biasa yang kami terima daripada orang awam dan berharap untuk tetap meneruskan momentum keseronokan ini pada bulan-bulan seterusnya sehingga pada hari acara tersebut, 8 Julai nanti. Kami juga ingin berterima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong dan banyak menyumbang kepada larian ini dan bagi mereka yang ketinggalan mendaftarkan diri tahun ini diharapkan akan menyertainya pada tahun 2013 nanti.”

Setiap bayaran yang diterima untuk larian ini akan disalurkan secara sama rata kepada empat benefisiari yang mengambil bahagian – Kiwanis Down Syndrome Foundation, Pure Life Society, PAWS Animal Welfare Society Malaysia dan Yayasan Chow Kit.

Peserta yang berminat juga boleh mengajukan sebarang kemusykilan mereka melalui emel ke [email protected] atau hubungi talian Hooha.Asia 03-56373821 untuk keterangan lanjut.

Penganjuran Feel Good Run buat julung kalinya pada tahun lepas adalah bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-13 stesen ntv7 dan bertujuan untuk menyebarkan keseronokan bersama keluarga dan rakan taulan di samping bergembira dan kekal cergas. Sama seperti tahun lepas, stesen TV ntv7 akan menyambut ulangtahunnya yang ke-14 pada tahun ini dengan acara Feel Good Run 2012.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

New Lipstick Maybelline

Chicken Muffin McDonald’s