Nur Fazura, atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin menyatakan ketakutannya terhadap kemungkinan kecederaan yang dapat menjejaskan peluang mendapatkan zuriat pada masa akan datang.
“Setiap hari, Faz berdoa agar tidak jatuh ketika menunggang kuda. Saya tidak mahu saluran peranakan terjejas dan tidak dapat menimang cahaya mata lagi. Alhamdulillah, selain dari mempelajari menunggang kuda semasa kecil, saya sepadan dengan kuda yang ditunggang dalam filem ini,”
– Nur Fazura
Fazura ditemui media pada majlis tayangan filem “Pendekar Awang: Darah Indera Gajah” yang berlangsung di IOI Mall Putrajaya.
Majlis tayangan tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Studio Kembara Sdn Bhd, Abdul Rahman Mt Dali, pengarah filem Saiful Reza A. MShukor dan Shaharudin Mt Dali, serta pelakon lain seperti Fattah Amin, Nadhir Nassar, Amir Ahnaf, Wan Hanafi Su, dan ramai lagi.
Dalam filem terbitan Studio Kembara Sdn Bhd tersebut, Fazura memegang watak sebagai serikandi bernama Sayang.
Sementara itu, isteri kepada aktor Fattah Amin menafikan khabar angin yang mengatakan dirinya hamil berbadan dua akibat tindakan meluahkan kerisauan dengan babak menunggang kuda tersebut.
“Buat masa ini, tiada soal kehamilan yang ingin dikongsi. Saya dan Fattah mengambil langkah merancang keluarga kerana kesibukan kami. Lagipun, kami perlu patuh dengan kontrak yang sudah ditandatangani. Kalau boleh, saya tidak mahu hamil dalam keadaan masih bekerja.
– Nur Fazura
Ketika mengandung Fatimah dahulu, saya pernah terlantar atas katil selama tiga bulan sebab alahan. Saya tidak mahu disebabkan hamil, komitmen terhadap kerja terjejas,”
Filem prekuel kepada “Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan” yang melibatkan kos RM15 juta itu dijadualkan akan menemui penonton di pawagam pada 11 Januari ini. Fazura dan Fattah Amin mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, dan hasil perkongsian hidup mereka, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.