in , ,

Fazura Nafi Dakwaan Kini Berbadan Dua

Betul ke Fazura dah berbadan dua? Kalau betul, syukur alhamdulilah. Itu satu doa jugak tu. Semasa satu acara, Fazura menafikan yang beliau sedang hamil. Khabarnya lagi, Fazura dan Fattah sudah bersedia untuk menimang cahaya mata. Tak pe, usaha tangga kejayaan.

Ditemui semasa hadir di Majlis Pelancaran OST Filem Peeta yang berlangsung di ibu kota, pelakon Nur Fazura Shariffudin, 36, menafikan dakwaan yang dia kini sedang berbadan dua.

Susulan dari video ketika mereka bercuti di kepulauan Maldives yang dimuat naik oleh suaminya, Fattah Amin telah mengundang komen dan andaian netizen yang mengatakan seolah-olah menampakkan Fazura sedang hamil.

Fazura

“Sebenarnya saya sangat menghargai komen-komen daripada netizen semua. Saya dan Fattah bersyukur ramai menyayangi dan mendoakan kami.

“Sebelum Fattah post video itu saya dah perasan dah (perut kelihatan macam baby bump), tapi saya kata tak mengapa post sahajalah.

“Kalau nak tahu sepanjang kami dalam penerbangan ke Maldives, memang tak sempat jamah apa-apa makanan pun.

“Bila dah sampai sahaja ke destinasi percutian terus kami pesan macam-macam makanan. Bila dah makan dalam kuantiti yang banyak secara tidak langsung, perut kita akan nampak macam itu kan,”

– Fazura

Menurut pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu, setelah lebih setahun mendirikan rumah tangga, dia dan suami kini sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab bergelar ibu dan bapa. Sekarang, Fazura sudah tak makan dan ambil pil perancang lagi.

“Setiap suami isteri pastinya menantikan kehadiran cahaya mata. Sejujurnya ketika di awal usia perkahwinan, kami ada buat perancangan keluarga disebabkan jadual kerja yang sangat ketat.

“Kini selepas lebih setahun berkahwin dan kami pun dah cukup enjoy meluangkan masa berdua bersama, InsyaAllah dengan izin Allah kami dah bersedia untuk menimang cahaya mata jika dikurniakan rezeki dalam masa terdekat ini.

“Bila sampai masanya, saya akan uar-uarkan pada semua. Itu janji saya,”

– Fazura

Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 selepas tujuh bulan bercinta.

Pasangan ini mula menjalinkan hubungan istimewa selepas digandingkan sebagai hero dan heroin drama Hero Seorang Cinderella.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Telemovie KARMA CINTA Lakonan Izzue Islam & Azira Shafinaz

Selamat Ulangtahun Ke-12 Budiey.com