Para peminatnya sering mencadangi beliau untuk menghasilkan produk penjagaan kulit dengan jenamanya sendiri dan mendedahkan rahsia kecantikannya. Permintaan dan persoalan tersebut sudah pun terjawab kerana selebriti yang bakal menjadi seorang ibu ini telah melancarkan produk penjagaan kulit jenamanya sendiri, iaitu Fazura Skincare.
“Saya sangat mengambil berat dan teliti dengan penjagaan kulit saya,”
“Selepas menjalani pengambaran dengan make-up yang tebal dan sentiasa perlu bergerak ke sana ke sini, saya tahu betapa pentingnya untuk mempunyai produk dan rutin penjagaan kulit yang betul supaya kulit saya dicuci dengan baik dan bersih.”
– Fazura
Produk Fazura Skincare sesuai untuk semua jenis kulit termasuk masalah kulit berjerawat. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai agen-agen anti penuaan dan pencerahan.
Selain itu, produk ini melembapkan dan menghidrasi kulit agar kulit lebih sihat dan berseri-seri. Set eksklusif Fazura Skincare lengkap dengan pencuci wajah, skrub wajah, krim siang dan malam dan juga serum bersaiz mini yang sangat sesuai untuk dibawa ke mana-mana sahaja.
“Sekarang ini set Fazura Skincare menjadi rutin harian saya dan ia sangat melegakan dan mudah digunakan setiap hari.
Teksturnya yang tidak berminyak membuatkan saya berasa sangat segar dan membantu membaiki kulit saya terutama pada hari yang sibuk.”
– Fazura
Fazura Skincare menggunakan formula bahan semula jadi yang berkualiti tinggi. Ia mengandungi ekstrak biji Avena Strigosa yang juga dikenali sebagai Ekstrak Black Oat. Bahan ini sangat berkesan dalam memberikan penambahbaikan dari segi hidrasi kulit untuk tempoh masa yang lama.
Produk ini juga mengandungi Ekstrak Cynanchum Atratum iaitu sejenis ektstrak daripada perubatan Korea yang membantu mengawal fungsi pertahanan kulit, menghalang radangan dan memberi kesan yang mendalam untuk penjanaan semula kulit. Kombinasi unik dan keberkesanan dua bahan-bahan ini membuatkan jenama Fazura Skincare berbeza daripada jenama-jenama produk penjagaan kulit yang lain.
Para peminat produk penjagaan kulit boleh membeli produk Fazura Skincare melalui stokis berdaftar di Malaysia (dan juga negara-negara Asia Tenggara termasuklah Singapura dan Brunei tak lama lagi) dengan harga pengenalan iaitu RM89.90.
Untuk info lanjut, ikuti Instagran Fazura Sincare di @fazuraskincare.