Pelakon dan usahawan terkemuka, Nur Fazura Sharifuddin atau lebih mesra dikenali sebagai Faz telah melancarkan sebuah aplikasi telefon mudah alih yang berkonsepkan gaya hidup Muslim di alaf baharu, Mukmin Pro beberapa hari sebelum kedatangan Ramadhan.
“Alhamdullillah, Faz rasa sungguh bersyukur kerana satu lagi impian Faz telah dimakbulkan dengan pelancaran aplikasi #miliksemua ini,”
– Fazura
Fazura berkata demikian semasa ditemui di majlis pelancaran, ‘Mukmin bersama Fazura’ di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Antara kelebihan aplikasi Mukmin Pro adalah pengguna boleh mendapatkan pelbagai ciri khas secara percuma tanpa perlu bimbang kerana data pengguna adalah terjamin selamat. Selain dari itu, Mukmin Pro mempunyai antaramuka atau ‘interface’ yang lebih fokus dan menarik berlatarkan warna putih dan merah jambu terang, warna yang cukup sinonim dengan Fazura.
Salah satu keunikan aplikasi Mukmin Pro juga adalah ianya mengandungi pelbagai video-video Islamik terbaik, sesuai untuk semua peringkat umur yang dikemas kini pada setiap hari dari navigasi video seperti YouTube dan TikTok.
Pengguna Mukmin Pro juga dapat melaksanakan amalan-amalan seperti Qurban dan Aqiqah yang dijalankan di Mekah al-Mukarramah dengan mudah dengan pakej-pakej yang menarik dan mampu milik.
Selain itu, aplikasi ini turut didatangi dengan rangkaian audio bacaan zikir, doa-doa harian dan surah- surah al-Quran, serta waktu solat, Azan dan navigasi Qiblat yang lebih dipercayai. Navigasi masjid- masjid yang berdekatan turut disediakan untuk para Mukmin tak mengira dimana mereka berada.
Aplikasi mudah alih Mukmin Pro kini boleh dimuat turun melalui aplikasi ‘App Store’ dan ‘Google Play’ secara PERCUMA.