Dalam rumah tangga, pelbagai ujian dan cabaran yang perlu ditempuhi oleh setiap pasangan. Ada yang diuji dengan kesetiaan. Dan ada pula diuji dengan zuriat. Demikian setiap pasangan dituntut untuk saling memahami dan menerima kekurangan antara satu sama lain.
Rezeki tak salah alamat. Jika Tuhan kata jadi, maka jadilah. Syukur pada Tuhan dan tahniah buat Fattah Amin dan Fazura yang diberitakan sedang mengandung dan akan menimang cahaya mata tak lama lagi. Yes! Baby 2020… insyallah bakal keluar. Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, sudah tentu ramai yang bertanya tentang bila nak dapat anak.
Nah! Pastinya berita ini adalah satu berita yang menggembirakan buat semua peminat Fattah dan Fazura. Mereka sentiasa mendoakan dan menanti penuh harap agar pasangan ini mendapat zuriat tak lama lagi. Pastinya comel! Ramai tak sabar menantikan baby sulung pasangan ini.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Fazura menerusi akaun Instagramnya, memaklumkan dia sedang hamil empat bulan. Pada masa yang sama, dia turut meluahkan rasa syukur atas kurniaan anugerah paling bermakna serta berharga dari Allah SWT yang diberikan kepadanya dan suami tercinta.
Pasangan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka dan dikurniakan rezeki untuk bergelar ibu dan bapa.
Melalui Berita Harian, Fazura turut memberitahu, dia tidak mengalami alahan seperti yang sering dihadapi ibu mengandung.
“Sejak disahkan berbadan dua, belum pernah lagi saya mengalami alahan teruk atau muntah-muntah pada waktu pagi seperti kelazimannya. Cuma ada rasa penat sedikit.
“Saya bersyukur kerana Tuhan mempermudahkan urusan saya. Mujur juga tiada alahan, kalau tidak, mesti ramai yang boleh hidu berita kehamilan saya ini.
“Walaupun tanpa alahan tapi rasa mengidam itu tetap ada dan boleh dikatakan sepanjang masa. Sebelum ini, saya tak suka masakan pedas tapi sejak mengandung, saya jadi suka pula,”
– Fazura
Ditanya perasaan sebaik mendapat tahu dia bakal bergelar ibu, isteri kepada pelakon Fattah Amin ini berkata, pada awalnya, dia ragu-ragu dengan hasil ujian yang ditunjukkan alat pengesan kehamilan.
“Memandangkan soal kehamilan adalah bersifat peribadi dan tak mahu heboh pada peringkat awal, saya memilih menggunakan alat pengesan kehamilan dan hasilnya positif.
“Masih tak puas hati, saya lakukan ujian buat kali kedua dan hasilnya tetap sama iaitu positif. Untuk lebih yakin, saya buat lagi ujian sama. Kali ini saya menggunakan alat pengesan kehamilan digital dan tertera di skrin mengatakan saya hamil.
“Selepas tiga kali melakukan ujian, barulah saya benar-benar yakin diri berbadan dua,” kata pelakon Dendam Pontianak ini.
– Fazura
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 selepas dipertemukan dalam drama bersiri, Hero Seorang Cinderella.
Dalam perkembangan berkaitan, penyanyi Bisa Apa ini merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan agar mereka segera menimang cahaya mata.
“Sejak mendirikan rumah tangga, kami sentiasa percaya dan menyerahkan kepada Yang Maha Esa terhadap apa juga rezeki atau dugaan yang diberikan oleh-Nya.
“Alhamdulillah, berkat doa kami, keluarga tersayang, rakan-rakan dan peminat, akhirnya impian kami dimakbulkan,” kata Fazura yang turut berkongsi berita kehamilannya itu di Instagram (IG).
– Fazura
Sebelum ini, Fazura pernah dikatakan hamil selepas foto yang didakwa menampakkan ‘baby bump’ ketika menghadiri sebuah acara pertunjukan fesyen menjadi tular.
Dia bagaimanapun menafikan dakwaan itu.
Tentunya berita ini dinantikan ramai terutama sekali buat peminat Fattzura, ruangan komen di perkongsian tersebut dihujani dengan ucapan tahniah buat pasangan ini. Mereka turut sama mendoakan agar kandungan Fazura sihat dan semoga proses bersalin nanti dipermudahkan.
Melihat kepada reaksi peminat, rata-rata mereka turut gembira dengan perkhabaran ini. Mereka dilihat tidak henti-henti mengucapkan tahniah buat Fazura dan Fattah Amin yang akhirnya rezeki mereka sudah pun tiba.
Semoga dengan kehadiran ahli keluarga baru dalam hidup Fazura dan suami menambahkan lagi keceriaan serta kebahagiaan hidup. Benarlah rezeki Allah itu tiba tepat pada masanya.
Syukur, dan tahniah dari Budiey Channel buat Fazura dan Fattah Amin. Semoga dikurniakan rezeki dan sama-sama kita doakan semoga Fazura dan bayi dalam kandungan sentiasa sihat. Jaga kesihatan ya.
Sumber: BH Online & IG Fazura