Perkongsian gambar keluarga tepat jam 12.00 malam bersempena dengan tahun baru 2021 membuatkan Instagram pelakon terkenal Nur Fazura, 37 dihujani pelbagai komen pujian.
Fazura dan suaminya yang juga aktor kacak, Fattah Amin, 30 memuat naik gambar mereka bersama bayi tersayang, Nur Fatima Aisya yang berusia 2 bulan benar-benar membuatkan warganet teruja.
Hal ini disebabkan pasangan bahagia tersebut merahsiakan wajah anak perempuan mereka yang selamat dilahirkan pada 2 Oktober 2020 yang lalu.
Dikesempatan itu, keluarga selebriti itu juga sempat mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2021 kepada semua peminatnya.
Sehubungan dengan itu, pelbagai komen diperoleh daripada warganet yang ditinggalkan di akaun Instagram pasangan pelakon ini.
Masing-masing memuji kecomelan anak pertama Fazura dan Fattah Amin yang pertama kali dikongsikan kepada media.