in ,

Fazura Bercadang Mahu Tambah Anak Tapi Baru Kuruskan Badan

Pelakon, penyanyi dan juga usahawan Nur Fazura bercadang untuk menambah seorang lagi cahaya mata selepas anak sulungnya, Nur Fatima Aisya kini sudah menginjak usia setahun tiga bulan.

Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 39, berkata, ramai yang bertanya tentang perancangannya untuk mendapatkan seorang lagi zuriat sekali gus menambah bilangan ahli keluarganya.

“Sebenarnya memang saya ada perancangan untuk mendapatkan seorang lagi cahaya mata. Tapi saya baru sahaja kuruskan badan.

“Selepas bersalinkan Fatima, banyak kali juga saya kena ‘body shaming’. Semuanya gara-gara saya mengalami perubahan bentuk badan. Wanita yang ada anak sahaja faham susahnya nak turunkan berat badan selepas bersalin,” kata Fazura.

Walaupun sudah mendapatkan semula bentuk badannya, Fazura masih mahu mendapatkan seorang lagi cahaya mata lebih-lebih lagi suaminya iaitu pelakon, Fattah Amin turut menginginkannya.

“Insha-Allah saya dalam proses (hamil lagi) dan akan diusahakan untuk tambah bilangan anak. Suami (Fattah) pula tidak ada masalah dan ikut sahaja.

“Suami bersedia jika saya juga sudah bersedia. Sebab nanti yang kena berpantang dan jaga badan saya juga,” katanya berseloroh.

Menyentuh tentang perkembangan anaknya, Fatima, Fazura teruja melihat puteri kesayangannya itu membesar dengan cepat. Kata Fazura, Fatima kini menjadi semakin bijak gara-gara dikelilingi dengan orang dewasa.

“Fatima membesar dengan cepat. Disebabkan dia dikelilingi orang tua (dewasa), jadi kebijakan Fatima lain macam.

“Dia sudah mula belajar bercakap dan memanggil saya ‘mom’. Ada sekali Fatima panggil saya ‘mak’. Daddy (ayah) dia panggil ‘dada’. Muka memang ikut Fattah Amin tapi perangai ikut Nur Fazura,” katanya ketika ditemui pada majlis An Evening With Fazura & Besties di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, semalam.

Tentang kerjaya seninya, Fazura mengakui banyak memberi fokus pada perniagaan berbanding kerjayanya sebagai pelakon dan juga penyanyi.

Bagaimanapun, Fazura tidak akan terus melupakan kedua-dua bidang tersebut dan bersedia untuk menerima tawaran yang diberikan kepadanya jika bersesuaian.

“Memang ada skrip dan tawaran untuk saya. Tapi saya perlu sesuaikan denga jadual harian sebagai ibu. Saya tidak mahu meninggalkan anak terlalu lama.

“Hendak berlakon saya tidak ada masalah kalau skrip dan waktu penggambaran dapat diserasikan. Tapi buat masa sekarang saya gembira berlakon untuk kempen tudung saya sahaja,” jelasnya.

Untuk info, Fazura mendirikan rumah tangga bersama Fattah pada 27 November 2017 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel di ibu negara.

Fazura dan Fattah menimang cahaya mata pertama pada 2 Oktober 2020 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

YONNYBOII

Yonnyboii Luahkan Cinta Buat Isteri dalam Single Terbaharu Berjudul NIKI

Lagu DUIT Dedah Kehidupan Sebenar Stacy