ZOOM IN @ RTM BUMI PUSAKA : SEMPENA HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-51.
Bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-51, Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menghidangkan Zoom In @ RTM ‘Bumi Pusaka’, yang mana tidak sekadar memaparkan hiburan semata-mata. Sebaliknya penonton akan didedahkan seleksi lagu bermesej yang menghiburkan. Bukan itu sahaja, bait-bait lirik setiap lagu yang dipersembahkan jika dihayati bisa membawa kepada penghayatan erti sebenar sebuah kemerdekaan dan bagaimana kita dapat mengisi sebuah kemerdekaan sebagai seorang rakyat berjiwa merdeka.
Amir Sofaz
Menariknya, Zoom In @ RTM ‘Bumi Pusaka’ bakal menyaksikan kolaborasi artis-artis tanah air dengan seleksi lagu yang menyuntik semangat kemerdekan dalam menghiburkan penonton sepanjang siarannya.
Barisan artis popular tanah air yang menjayakan Zoom In @ RTM ‘Bumi Pusaka’ adalah Fazli Zainal, Are Meer Sofaz, Adi 6ixth Sense, Misha Omar, Kopratasa, Sarah Raisudin, Bob, Haziq, Rey, Muhaizam, Amin, Karen Tan dan Banumitha. Tidak ketinggalan penampilan khas artis yang cukup popular dari Negeri Di Bawah Bayu, Abu Bakar Ellah yang cukup sinonim dengan lagu-lagu bertemakan kemanusian juga alam sekitar.
Penonton akan dihiburkan dengan lagu-lagu merdu lagi popular seperti Warisan, Mentera Semerah Padi, Taman Rohani, Seloka Jegela Melayu, Bahtera Merdeka, Orang Kita, Gadong dan banyak lagi. Zoom In @ RTM ‘Bumi Pusaka’ membariskan pemuzik-pemuzik handalan tanah air dengan susunan muzik baru yang lebih segar tanpa menghilangkan identiti asal setiap lagu.
Siti Sarah
Misha Omar
Pastinya Zoom In @ RTM ‘Bumi Pusaka’ akan memberi kesan yang cukup positif dimana pemilihan lagu adalah lebih terarah kepada pemupukan minda serta kesedaran rakyat Malaysia terhadap rasa cinta kepada bangsa, alam sekitar juga negara Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat.Â
Kepada anda yang ternanti-nanti suatu bentuk persembahan yang mampu menyuntik semangat kemerdekaan juga rasa cinta kepada tanah air. Jangan lepaskan peluang menonton Zoom In @ RTM ‘Bumi Pusaka’ pada 31 Ogos ini pada jam 9.00 malam menerusi RTM1.