Selepas hampir sebulan ditempatkan di hospital akibat virus Covid-19, Fazli akhirnya dibenarkan pulang petang tadi. Menurut pelantun lagu ‘Harapan’ itu, keadaannya kini semakin pulih biarpun kadar oksigen yang tidak menentu.
Jelasnya, dia perlu menjalani rawatan susulan sebulan sekali untuk memastikan keadaan kesihatannya pada tahap terbaik.
“Alhamdulilah syukur… Akhirnya setelah berperang selama 29 hari di Hospital Ampang, saya berjaya pulang ke rumah.. Terima kasih banyak semua yang membantu dari segi mental & fizikal sama ada secara terus atau tidak. Hanya Allah yang boleh membalas budi baik kalian.
“Saya akan specifikasikan nnt. Selesai fasa kritikal, sekarang saya perlu lalui fasa penyembuhan yang lebih kurang mencabar juga.. saya perlukan semangat dari kalian.. terus doakan saya.. terima kasih semua,”
“Insya-Allah petang ni (tadi) dah boleh discharge. Kadar oksigen tu susah nak cakap, kadang turun naik. Saya masih kena pantau guna mesin yang disewa sampailah betul-betul sembuh, mungkin dalam tempoh enam bulan. Lepas tu kena datang rawatan susula ‘post covid’ sebulan sekali. Apapun terima kasih kepada semua yang terus mendoakan kesembuhan saya,”
– Fazli Zainal
Terdahulu, Fazli telah dikejarkan ke hospital selepas paras oksigen dalam tubuh badannya menurun ke 75 peratus. Susulan itu, dia dimasukkan ke unit Rawatan rapi (ICU) bagi meningkatkan kembali tahap oksigen dalam tubuh badannya.
Semoga Fazli terus sihat.
Fazli Bakal Lancar Single Mantan Yang Terluka
Jika diikutkan, penyanyi Fazli Zainal merancang mengadakan majlis pelancaran single terbaharu berjudul Mantan Yang Terluka secara virtual dari Hospital Ampang pada Jumaat ini.
Namun, katanya, hasratnya itu tidak kesampaian berikutan terpaksa dianjak ke tarikh 30 Ogos ini disebabkan kemungkinan sudah keluar dari hospital.
Fazli berkata, keadaan kesihatannya kian stabil disebabkan itu mempunyai keinginan mengadakan majlis pelancaran single berjudul Mantan Yang Terluka secara virtual dari Hospital Ampang.
“Ini bukanlah gimik, sebaliknya saya merasakan kesihatan semakin baik. Daripada tidak berbuat apa-apa, saya merasakan sesuai melancarkan single Mantan Yang Terluka.
“Saya kira trend zaman sekarang majlis pelancaran diadakan secara virtual, jadi boleh melakukan di mana-mana sahaja.
– Fazli Zainal
Awalnya, saya rasa agak ‘thrill’ apabila nak lancar single dari hospital, namun tidak menjadi kenyataan.
“Saya mendapat tahu akan dibenarkan keluar hospital dalam masa terdekat. Jadi, saya terpaksa menukar tarikh pada Isnin, minggu depan.
“Jadi, majlis pelancaran single Yang Terluka secara virtual boleh dilakukan dari rumah sahaja,”
– Fazli Zainal
Single Mantan Yang Terluka itu ciptaan komposer Ajai dan liriknya nukilan Ahmad Fedtri Yahya.