Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fazley berkata dia sendiri tidak tahu mengapa hatinya tergerak untuk memuat naik perkongsian tersebut.
Dalam entri tersebut, Fazley turut menyenaraikan ciri-ciri lelaki yang bakal menjadi bapa tirinya. Syarat yang paling penting adalah lelaki tersebut bukanlah suami orang.
Fazley turut mencari lelaki yang jujur serta mempunya isifat sabar dan penyayang. Ujarnya lagi, adalah lebih baik jika bakal suami ibu suka makan kerana ibunya suka memasak.
Terdahulu, suami Umi Kalsom iaitu Allahyarham Yaakob Mohammad meninggal dunia pada Februari 2016 akibat komplikasi paru-paru.