Menurut Fazley, walaupun ada segelintir pihak yang meragui tentang status kebersihan gerai tepi jalan ini, beliau tetap menghormati peniaga-peniaga ini kerana gigih menyediakan makanan yang sedap.
“Walaupun ada segelintir pihak sering nyatakan jangan beli makanan di tepi jalan kerana biasanya ia kurang bersih. Tetapi saya tetap menghormati peniaga-peniaga gigih ini.
“Banyak dah saya cuba di mana ada kalanya makanan mereka jauh lebih sedap daripada restoran-restoran hebat.â€,
– Dato’ Fazley Yaakob
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan pendapat beliau dan turut mencadangkan beberapa kedai makan yang menarik ditempat mereka.