in , , ,

Kak Ogy Kembali dalam Drama ‘Mentua’, Konflik Ibu Mertua & Menantu

Bersedia untuk drama keluarga yang penuh emosi dan ketegangan? Fauziah Ahmad Daud kembali memukau penonton dalam drama ‘Mentua’ yang ditayangkan menerusi slot Lestary di TV3.

Drama ini bukan sahaja menampilkan lakonan mantap, tetapi juga plot yang sarat dengan konflik, cinta, dan prinsip yang merobek hubungan kekeluargaan.

Azizah: Ibu Mertua yang Dominan dan Tegas

Dalam drama ini, Fauziah Ahmad Daud memegang watak sebagai Azizah, seorang CEO berjaya di Bayu Textile yang terkenal dengan ketegasan dan sikap dominannya. Setiap keputusan yang dibuatnya di pejabat dianggap sebagai undang-undang yang mesti dipatuhi oleh semua orang. Namun, ketegasan Azizah tidak terhenti di tempat kerja sahaja, malah dia membawa sikap tegas itu ke dalam rumah, memastikan suami, Husin (lakonan Datuk Jalaluddin Hassan) dan anak-anaknya, Amir (Syarul Ezani) dan Azim (Apich Lo), mematuhi setiap kehendaknya.

Bagi Azizah, kehidupan yang sempurna bukanlah sekadar impian, tetapi satu keperluan yang mesti direalisasikan. Namun, apabila cinta masuk campur dalam kehidupan keluarganya, dominasi Azizah mula dipersoalkan.

Fauziah Ahmad Daud Kembali dalam Drama 'Mentua', Konflik Ibu Mertua & Menantu

Cinta dan Konflik: Amir Melamar Emilia

Segalanya berubah apabila video Amir melamar Emilia, pengasas Juwita Valet yang juga merupakan pesaing utama ibunya, tular di media sosial. Amir, yang selama ini dianggap sebagai anak kesayangan, membuat keputusan besar tanpa meminta restu daripada ibunya terlebih dahulu. Tindakan ini membuatkan Azizah terpaksa berhadapan dengan kenyataan pahit yang sukar diterima.

Kepulangan Amir ke rumah bersama Emilia sebagai bakal isterinya menambahkan lagi ketegangan. Walaupun Emilia cuba bersikap positif, kehadirannya tidak disambut mesra oleh Azizah yang sejak awal lagi tidak merestui hubungan ini. Bagi Azizah, Emilia bukanlah calon isteri yang sesuai untuk anaknya, lebih-lebih lagi dari aspek usia dan kemampuan untuk memberikan zuriat.

Konflik Makin Memuncak: Azizah vs. Husin

Sementara itu, Husin, suami Azizah, menyambut Emilia dengan hati terbuka. Namun, keadaan menjadi tegang apabila Azizah dan Husin bertelingkah mengenai masa depan anak mereka. Azizah yang tegas menolak hubungan ini terus menyuarakan keraguannya, dan perdebatan mereka semakin panas.

“I tak setuju!” ujar Azizah dengan tegas.

Husin pula dengan nada yang lebih tenang berkata, “Semua benda you tak setuju, Amir tu bukan budak kecil lagi! Dah besar dah matang dah! Apa salahnya kalau dia nak kahwin?”

Azizah tetap dengan pendiriannya, “Dia lebih tua daripada anak kita Husin! I just know that she is not right for our son. Dia takkan boleh jadi isteri yang baik. Percaya lah cakap I. Silap hari bulan bercerai juga.”

Husin membalas, “Astaghfirullah, tak boleh ke kalau you doakan yang baik-baik untuk anak kita?”

Namun, Azizah tidak berganjak, “Okay, kalau dia betul sangat nak berkahwin dengan perempuan tu, kahwinlah! But over my dead body!”

Fauziah Ahmad Daud Kembali dalam Drama 'Mentua', Konflik Ibu Mertua & Menantu

Rahsia Perkahwinan: Amir dan Emilia

Tanpa diduga, Amir mengambil keputusan drastik untuk menikahi Emilia secara rahsia. Tetapi, rahsia ini tidak akan kekal selamanya. Apakah yang akan berlaku apabila Azizah mengetahui perkahwinan ini? Adakah dia akan menerima kenyataan atau sebaliknya akan merancang sesuatu untuk memisahkan mereka? Bagaimana pula Emilia akan menghadapi cabaran ini? Adakah dia mampu membuktikan dirinya sebagai menantu yang sesuai untuk Amir, atau adakah cabaran baru akan mengancam hubungan mereka?

Konflik antara ibu dan anak ini semakin panas. Adakah Azizah akhirnya akan menerima menantu pilihan anaknya, atau adakah drama ini akan membawa kepada lebih banyak kejutan?

Fauziah Ahmad Daud Kembali dalam Drama 'Mentua', Konflik Ibu Mertua & Menantu

Jangan Terlepas Menonton ‘Mentua’

Untuk mengetahui kesudahan drama penuh emosi ini, jangan lupa saksikan ‘Mentua’ menerusi slot Lestary setiap hari Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam di TV3. Anda juga boleh menonton secara strim melalui Tonton di www.tonton.com.my. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan bagaimana cinta dan prinsip diuji dalam drama penuh konflik ini!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Arijit Singh Kembali ke Malaysia Untuk Konsert Live in Malaysia di Axiata Arena

Pandang Pertama Samsung Galaxy Z Flip6: Berbaloi Dengan Ciri AI Yang Hebat