Fauzi Nawawi tampil memohon maaf selepas tular sebuah video memaparkan dirinya menceritakan babak rogol membabitkan pelakon wanita, Raja Farah dalam filem ANAK HALAL.
Fauzi Nawawi menjelaskan program tersebut sebenarnya sudah lama ditayangkan di kaca TV. Namun, ianya kembali hangat diperkatakan sehingga kecoh di Twitter.
Fauzi Nawawi memohon maaf kepada semua yang terkesan khususnya kepada Raja Farah, suami dan keluarga. Fauzi Nawawi juga meminta maaf kerana mengambil masa yang lama untuk memberi respon. Katanya dia baru sahaja balik daripada penggambaran.
Jelas pelakon yang terkenal dengan watak antagonis ini, habis sahaja recording program itu dia ada meminta pihak penerbit dan produksi memotong mana-mana yang sensitif.
Apabila bersembang sesama lelaki, Fauzi mengaku salah apabila terlepas cakap perkara tidak sepatutnya. Dia sedar ada bahagian sensitif yang tidak perlu ditayangkan kepada umum. Tetapi sayangnya rancangan itu sudah ditayangkan dua kali, katanya.
Fauzi mengaku jahil dan tidak baik, tetapi dia sedang memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Dia sekali lagi memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Dia langsung tiada niat untuk mengaibkan Raja Farah dan suami.
Raja Farah Dan Suami Respon Video Tular Mengenai ‘Scene’ Rogol
Dalam video itu, Fauzi Nawawi dipercayai menceritakan mengenai babak rogol dalam filem Anak Halal membabitkan pelakon wanita, Raja Farah. Menurutnya, babak tersebut terpaksa dipotong di atas permintaan ibu bapa pelakon wanita itu.
Rakaman yang terlebih dahulu viral di TikTok telah mendapat pelbagai respon daripada netizen. Rata-rata tidak selesa apabila babak itu diceritakan kembali kepada umum.
Perkara itu turut mendapat respon balas daripada Raja Farah dan suami. Dalam sebuah hantaran di Instagram, pasangan ini menganggap perkara itu sangat memalukan.
Menurut suami Raja Farah, rakaman yang disiarkan di kaca TV itu adalah salah di setiap sudut. Ini kerana mereka tidak menjaga aib dan kehormatan wanita.

I can understand yang you nak cerita tentang karya seni you, on how real the cinematic experience is, kami faham benda tu sebab isteri saya pun berlatarbelakangkan anak seni.
Tambahnya lagi, individu itu hendaklah menjaga kehormatan wanita apatah lagi apabila wanita itu sudah berkahwin. Dia merasakan perkara itu tidak sesuai dan salah.
Sebagai seorang suami, dia menganggap perkara itu adalah memalukan dan ungkapan yang dinyatakan seumpama ‘orang jahil’.
Katanya, individu itu pasti tidak akan mengeluarkan perkataan sedemikian kepada ahli keluarga sendiri.
We don’t owe any apology dari orang yang berkata tu. Kami cuma tidak mahu perkara ini mencetuskan fitnah. Kami nak tutup hal ini. Kami mendoakan orang yang berkata hal sedemikian.
Mungkin dia terlepas cakap, atau dia jahil atau teruja sedang bercerita. Saya rasa dia mesti menyesal dengan apa yang diucapkannya itu. Kami berlapang dada. Kami beri respon kerana perkara ini sudah viral.
Bagi Raja Farah sendiri, dia mengakui terkesan dengan perkara itu. Dia merasakan seakan dibuka aib dan dirinya tidak dihormati.
Sebagai seorang isteri, sudah tentu dia akan merujuk kepada suami untuk memberi respon balas. Dalam hal ini, pihaknya sudah berlapang dada dan berharap tiada perbalahan berlaku.
Dia turut berharap individu itu tampil membuat permohonan maaf secara peribadi.