in ,

[GAMBAR] Sekitar Fattah Amin Dilantik Sebagai Duta Toyota C-HR

Pada jam 10 pagi tadi, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) hari ini mengumumkan pelantikan Fattah Amin, seorang pelakon dan selebriti terkenal di Malaysia, sebagai duta bagi SUV crossover kompak Toyota C-HR. Tahniah Fattah Amin!

Tahniah buat Fattah Amin yang telah dilantik menjadi duta jenama kereta Toyota C-HR, compact crossover SUV yang menggunakan tagline MAKE A STAND. Semoga lepas ni bertambah lagi rezeki mendatang.

VIDEO: Event Fattah Amin Dilantik Sebagai Duta Toyota C-HR.

Ini sekali gus merupakan lanjutan kerjasama antara beliau dan UMWT selepas penglibatannya di dalam Toyota Gazoo Racing (TGR) musim pertama sebelum ini.

Fattah Amin Dilantik Sebagai Duta Toyota C-HR

“Ramai yang pernah menyaksikan penampilan Fattah Amin di dalam iklan Toyota C-HR semasa pelancarannya awal tahun ini. Kini, melalui kerjasama terbaru dengan beliau sebagai duta model SUV crossover kompak berkenaan, kami ingin memanfaatkan pengaruhnya yang luas dalam kalangan peminat dan masyarakat untuk meningkatkan kesedaran terhadap model ini serta jenama Toyota secara umumnya,” – Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Fattah Amin Dilantik Sebagai Duta Toyota C-HR

“Saya sangat gembira untuk melanjutkan kerjasama dengan Toyota selepas terlibat sama di dalam perlumbaan Vios Challenge musim pertama yang merupakan sebahagian daripada Festival Perlumbaan TGR tahun lalu. Pengalaman memandu Toyota Vios di dalam litar perlumbaan memberikan saya sudut pandang baru terhadap kemampuan dinamik dan sporty kenderaan Toyota,” – Fattah Amin.

Fattah Amin Dilantik Sebagai Duta Toyota C-HR

Berkenaan Toyota C-HR, ini pandangan beliau;

“Ini tentunya sebuah kenderaan dengan karektor yang kuat, dan saya sangat gemarkan penampilan serta gayanya yang sporty. Malah, kesegaran rekaan yang ditunjukkan juga sangat belainan berbanding pesaing-pesaingnya. Rakan serta peminat-peminat saya juga sangat kagum dengan imej model ini.”

“Saya sudah memandu C-HR selama sebulan dan merasakan bahawa enjin 1.8 liter yang digunakan mampu memberikan saluran kuasa yang memadai untuk pemanduan yang lancar dan stabil. Tambahan pula, ruang kargo yang tersedia sangat mencukupi untuk saya membawa sama apa saja barangan yang diinginkan,” – Fattah Amin

Dijual pada harga RM150,000 (dengan SST, tanpa insurans, bagi pendaftaran persendirian di Semenanjung), C-HR menjadi antara model paling laris di Malaysia sejak dilancarkan pada Mac lalu.

C-HR dibangun menggunakan platform baru dikenali sebagai Toyota New Global Architecture (TNGA) yang mengubah struktur rekaan kenderaan dengan memberi keutamaan kepada sistem janaan dan menyediakan aspek pemanduan terbaik.

Fattah Amin Dilantik Sebagai Duta Toyota C-HR

Ciri-ciri keselamatan yang melengkapinya termasuk ABS dengan kawalan kestabilan kenderaan (VSC), kawalan cengkaman (TC), brek parkir elektrik serta kawalan bantuan mula mendaki (HAC). Model ini juga datang dengan ciri lain seperti amaran lintasan trafik di belakang (RCTA), sistem tinjauan titik buta (BSM) dan begitu juga dengan sistem tinjauan tekanan tayar.

Seperti kebanyakan model-model Toyota yang diedarkan oleh UMWT, C-HR turut menikmati jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan.

Toyota juga sedang menjalankan kempen “All About The Drive Bonanza” hingga 31 Disember 2018. Setiap pelanggan yang hadir untuk sesi pandu uji mana-mana model Toyota di bilik pameran seluruh negara akan layak menerima hadiah cenderahati Toyota serta peluang untuk memenangi produk premium serta pakej percutian. Pelanggan yang membeli kenderaan baru Toyota sebelum hujung tahun ini pula akan berpeluang memenangi MPV kompak Toyota Sienta (tertakluk kepada terma dan syarat).

Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan C-HR dan promosi berterusan “All About The Drive Bonanza” di mana-mana cawangan sah Toyota seluruh Malaysia, atau layari toyota.com.my.

Fattah Amin Dilantik Sebagai Duta Toyota C-HR

Fattah Amin Dilantik Sebagai Duta Toyota C-HR

Fattah Amin Dilantik Sebagai Duta Toyota C-HR

Fattah Amin Dilantik Sebagai Duta Toyota C-HR

Fattah Amin Dilantik Sebagai Duta Toyota C-HR

TAMAT

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kristal Tampil Dengan Vokalis Baru Lancar CINTAKU KRISTAL

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Netflix Horror-thon 2018