PELAKON cantik Nur Fazura Sharifuddin memuji kesabaran suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin yang sabar melayani kerenahnya sepanjang tempoh kehamilan. Fazura yang kini hamil lapan bulan berkata, Fattah seorang yang amat sabar dan terlalu menjaga hatinya dari terluka.
“Ketika mula-mula mengandung, saya memang amat cerewet bab makan. Ada satu ketika, dia beli sandwich yang mengandungi mayonis sedangkan saya tak suka.
“Saya memang tak suka mayonis dan sos sehingga akhirnya saya menangis. Dia pujuk saya dan keluar semula pergi belikan sandwich yang baru semata-mata untuk bagi saya makan. Selepas itu saya minta ampun kepadanya kerana kasihankan dia yang sanggup buat apa saja untuk saya,”
– Fazura
Fazura yang ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan kulitnya, Fazura Skincare berkata, Fattah juga sanggup mengalah biarpun dia sebenarnya yang bersalah.
“Dia akan bagi saya menang dan kata, iyalah sayang…you menang,”
– Fazura
Menurut Fazura, ketika awal kehamilan, Fattah tidak menyedari dirinya yang mengidam.
“Semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lalu ketika Ramadan, sebaik berbuka puasa, dia kerap membuka peti sejuk dan banyak makan aiskrim sehingga berat badannya naik. Saya pula berpantang makan pedas dan tajam seperti nanas,”
– Fazura
Bercerita mengenai persediaan menyambut kehadiran bayi, pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-28 menerusi filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia ini berkata, dia belum membeli apa-apa barangan keperluan.
“Khamis ini baru saya akan mula beli barang. Rasanya okay kerana emak dan mentua akan bantu. Ada yang kata jangan terlalu terburu-buru,”
– Fazura
Pada majlis itu, Fazura turut melancarkan jenama penjagaan kulit, Fazura Skincare.
Set eksklusif ditawarkan dilengkapi pencuci wajah, skrub, krim siang dan malam serta serum bersaiz mini.
Sumber: Harian Metro