History repeats itself? Hmmm, possible because it involves the same gentlemen. However, as long as the lady involved is not giving any contradictory statement, I FOUND HIS STORY CREDIBLE. If you support his career, stick with that! Stop being cynical & bitter.
Pelakon popular Fattah Amin menjelaskan tiada sebarang pertemuan rasmi dengan keluarga aktres Nur Fazura Sharifuddin bagi membawa hubungan ke peringkat lebih serius seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Fattah yang kini bergandingan dengan Fazura menerusi drama Hero Seorang Cinderella di Astro Ria berkata, pertemuannya dengan keluarga pelakon itu hanyalah pada majlis kenduri doa selamat yang diadakan mereka, baru-baru ini.
“Buat masa ini, saya belum berjumpa keluarga Fazura untuk berbincang mengenai hubungan kami.
“Lagipun, saya bertemu keluarga Fazura bukan dalam satu majlis peribadi, sebaliknya kenduri doa selamat anjuran kami bersama beberapa individu lain. “Saya mohon tiada pihak yang membesarkan isu ini.
Buat masa ini kami berdua berkawan baik, “ katanya.
Terdahulu Fattah dikatakan dalam proses mengenali hati budi aktres jelita itu.
Malah dipercayai usaha untuk membawa hubungan itu ke peringkat lebih serius dilakukan apabila Fattah turut mengakui sudah menemui keluarga aktres berkenaan.
Menurut Fattah, dia selesa berkawan dengan Fazura namun apa akan berlaku seterusnya biarlah masa yang menentukan.
“Pada saya kalau sudah ditakdirkan kami berkahwin, saya reda.
“Apa yang boleh dikatakan saya selesa berkawan dengan Fazura. Dia banyak membantu mencantikkan lagi keserasian kami dalam drama Hero Seorang Cinderella.
“Tidak dinafikan, dia memiliki ciri-ciri wanita yang saya cari selama ini,” katanya