in

Fattah Amin Jadi Duta Produk SAFI MEN

Budiey nak ucapkan tahniah buat pelakon muda Fattah Amin yang kini sudah pun bergelar seorang duta produk. Semasa hadir di Pelancaran Produk SAFI MEN semalam, Budiey sempat menemubual Fattah Amin. Jangan lupa tonton video di atas ni ya. Thanks Fattah sangat sporting layan soalan Budiey.

SAFI Men diinspirasikan oleh gambaran seorang lelaki yang berjaya. Personaliti yang seimbang dan menyeluruh menjadikan mereka individu yang mudah bergaul, dihormati dan disenangi rakan- rakan. Bagi SAFI Men, keseimbangan dalam lapangan kerjaya, kewangan serta sukan dan rekreasi adalah faktor utama untuk maju kehadapan.

Selesai interview @fattahaminz, duta terbaru Safi Men. Congrats Fattah!

Beliau tidak mementingkan urusan duniawi, malah menjadikan agama sebagai tiang utama dalam urusan seharian. Penampilan diri yang kemas dan rapi menjadi pelengkap diri agar tampil yakin di khalayak ramai.

RANGKAIAN PEMBERSIH MUKA TERBARU SAFI MEN – KESEGARAN YANG NYATA

Sebagai seorang lelaki, penampilan diri bermula dengan pakaian yang kemas serta muka yang bersih dan segar. Namun begitu, mendapatkan raut wajah yang bersih bukanlah satu perkara yang mudah. Di Malaysia, iklim cuaca yang panas dan lembab serta keadaan jalan raya yang berhabuk merupakan cabaran besar kaum lelaki untuk menjaga kulit muka agar bersih dan tidak kusam.

Hiruk piruk metropolitan yang penuh pencemaran boleh menyebabkan pori mudah tersumbat dengan kotoran dan menggalakkan pertumbuhan jerawat. Permasalahan ini ternyata memberikan kesan kepada konsentrasi serta keyakinan diri kaum lelaki di tempat kerja. Keadaan muka yang berminyak turut memberikan gangguan terhadap keselesaan berkomunikasi dengan rakan sekerja mahupun orang awam.

Memahami impian semua lelaki untuk tampil segak bergaya tanpa kulit muka yang bermasalah, SAFI jenama halal no.1 tempatan berbangga memperkenalkan sebuah kelahiran baru dalam legasi keluarga SAFI, rangkaian penjagaan wajah khusus untuk lelaki- SAFI Men.

Mencoret lakaran baharu dalam salasilah keluarga SAFI, Ketua Pegawai Operasi Wipro Unza (M) Sdn Bhd, Mr Sriram Krishnamurthy berkata

“Sejurus melihat keluasan pasaran penjagaan wajah lelaki yang semakin besar, SAFI mengambil peluang untuk mengembangkan portfolio perniagaan ini melalui kelahiran terulung SAFI Men. Kami percaya produk yang tepat serta didikan yang betul terhadap penjagaan kulit wajah lelaki di Malaysia mampu menyelesaikan permasalahan yang sentiasa membelenggu sang jejaka. Kini, SAFI Men adalah jawapannya.”

Puan Mahsuri Sulaiman, Konsultan SAFI turut menerangkan,

“Adalah menjadi tanggungjawab kami sebagai jenama halal no.1 tempatan untuk menghasilkan produk pencuci muka halal untuk kaum adam. Seiring dengan moto jenama SAFI, Selamat & Suci, SAFI Men semestinya memenuhi kehendak penjagaan penampilan mereka seiring dengan arus pemodenan tanpa mengkompromi kehendak syarak.”

3 variasi baharu SAFI Men yang mampu menentang 3 masalah kulit wajah lelaki hadir dalam kombinasi reka bentuk penuh moden dan trendy. Tiub pembersih wajah berwarna perak dengan seni hiasan khat kufi memberi gambaran islamik kontemporari terhadap rangkaian SAFI Men. Tampil dengan 3 rona maskulin; biru, jingga dan hijau amat selari dengan jiwa sang arjuna yang sentiasa aktif, bergaya dan berkeyakinan.

“SAFI Men mengandungi formulasi baharu H2O Cool Cactus yang bukan sekadar melindungi kulit wajah, malah memberikan sensasi kesegaran berpanjangan agar diri kekal aktif dan fokus sepanjang hari. Kami memberikan yang terbaik kepada para lelaki dengan inovasi produk pembersih wajah yang dirumus dari formulasi terbaik oleh pakar dari makmal penyelidikan dan pembangunan Wipro Unza (M) Sdn Bhd. Setiap variasi SAFI Men kami padankan dengan bahan kandungan yang berbeza supaya setiap masalah kulit wajah lelaki dapat ditentang secara spesifik” Tambah Puan Mahsuri.

“Menurut kajian yang dijalankan pihak penyelidikan & pembangunan SAFI, kaum lelaki cenderung mengalami masalah kulit berminyak kerana hormon testosterone lelaki mempengaruhi pengeluaran minyak daripada kelenjar minyak di kulit. Lebih tinggi hormon testosterone seseorang, lebih banyak pengeluaran minyak yang berlaku. Selain itu, lelaki mempunyai pori yang agak besar berbanding kulit muka wanita menyebabkan kulit mudah tersumbat dan penghasilan jerawat mudah berlaku. Atas kesedaran inilah kami tampilkan satu solusi buat kaum adam.”

Melengkapkan lagi majlis pelancaran ini, duta produk SAFI Men- Fattah Amin yang sedang meningkat naik dalam industri lakonan tanah air berkongsi pengalaman beliau menggunakan rangkaian produk SAFI Men.

“Sebagai seorang lelaki yang mengamalkan gaya hidup yang aktif, saya sentiasa menyiapkan diri agar berada dalam keadaan yang sihat dan bersedia. Perkara ini termasuklah penjagaan kesihatan kulit wajah agar tampil segar dan bertenaga. Walaupun sibuk di lokasi penggambaran, saya sentiasa memastikan kulit wajah segar dengan pembersih wajah SAFI Men. Formulasi H2O Cool Cactus memberi sensasi kedinginan yang optimum terhadap kulit wajah lelaki terutamanya ketika cuaca panas terik dan keadaan udara yang berhabuk. Kini wajah saya sentiasa segar dan tidak kusam.” Kongsi Fattah kepada tetamu yang hadir.

3 Variasi SAFI Men memberikan perlindungan yang spesifik serta kesegaran yang berpanjangan kepada setiap lelaki; Pembersih Wajah SAFI Men Dynamic White, Pembersih wajah SAFI Men Oil Control Clay, dan Pembersih Wajah Acne Buster. Kini panas terik, kotoran dan kulit kusam bukan lagi masalah! SAFI Men, terokai kekuatan diri.

Produk SAFI Men ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Bersama kesegaran yang nyata dengan formulasi H2O Cool Cactus!. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI dan SAFI Men sila layari laman web SAFI, www.safi.com.my

Untitled

SAFI Men

Nikmati Kesegaran Yang Nyata Dengan Formulasi H2O Cool Cactus!

Untitled

1. Pembersih Muka SAFI Men Dynamic White

Direka khas untuk jejaka yang mempunyai masalah kulit kusam.

Formulasi H2O Cool Cactus melindungi kulit daripada cuaca panas dan kering. Dengan kandungan Whitenol, pembersih ini mampu menyerap jauh kedalam lapisan epidermis bagi mengurangkan penghasilan melanin yang menjadi punca kulit kusam. Saiz Micro Beads yang kecil mampu membersih dengan mendalam serta menanggalkan sel kulit mati

Ayuh mengorak langkah penuh berani dengan kulit cerah dan segar bermaya! Cerah semula jadi, barulah “ori”!

Untitled

2. Pembersih Muka SAFI Men Oil Control Clay

Ciptaan khusus buat jejaka yang mempunyai masalah kulit muka berminyak.

Kombinasi unik H2O Cool Cactus dan Kaolin dapat mengawal pengeluaran minyak serta memberikan kesegaran yang nyata kepada kulit muka. Dengan kehebatan Bamboo Charcoal yang menyerap pantas kedalam kulit dan pori tersumbat, ia dapat mengeluarkan toksin secara efektif.

Tampil segak bergaya dengan kulit bebas minyak! Raut wajahmu kini sihat tanpa kilat muka yang berlebihan.

Untitled

3. Pembersih Muka SAFI Men Acne Buster

Rekaan spesifik buat jejaka yang mengalami masalah jerawat

Gabungan inovasi H2O Cool Cactus dan Anti-Bac memberikan kesegaran sepanjang masa serta melindungi kulit daripada pembiakan bakteria. Dengan tambahan Mushroom Extract, ia membantu mengecilkan pori bagi menghalang habuk dan kotoran daripada tersumbat yang menyebabkan penghasilan jerawat.

Rasai kenikmatan kulit bebas jerawat dan bersih alami. Kini potensi dan keyakinan dirimu tiada batasan!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Edry KRU Dapat Anugerah Komposer Pendapatan Terbanyak MACP 2015

HyppTV Lancar HyppInspirasi HD & Karaoke On-Demand HyppStars