Topik hangat dibicarakan pada petang ini di sosial media, apabila nama Fattah Amin dan Nur Fazura tiada dalam senarai pencalonan awal kategori COUPLE MELETOP di Anugerah MeleTop 2018. Berita ini mengejutkan beberapa pihak terutamanya media dan peminat Fattzura.
Pastinya penganjur ada sebab nama #fattzura tak tercalon. Difahamkan pencalonan awal ini dibuat untuk mana-mana couple yang berkahwin sebelum 15 November 2017. Untuk selebriti yang berkahwin selepas 15 November, mereka tidak termasuk dalam kategori pencalonan. Oh patutlah Izara Aishah pun takde.
Peminat Fattah dan Fazura sekarang ini diminta untuk bertenang dan tidak melatah kerana ada beberapa kategori yang menyenaraikan nama Fattah dan Fazura seperti Fesyen Meletop dan Pelakon Meletop.
Netizen mempunyai pendapat mereka sendiri. Ada yang mengatakan, Fazura dan Fattah tak semestinya tercalon, mungkin akan dicalonkan untuk tahun depan.