Siapa kata selebriti yang berumahtangga akan pupus punca rezekinya dek kerana hilangnya sanjungan populariti daripada peminat? Pendapat skeptikal dan stigma sebegitu dah kolot dah untuk kita yang hidupdi alaf melenial sekarang ini. Dah tak boleh terima pakai lagi dah, kan?
Sebenarnya, ramai je selebriti yang dah kahwin, rezekinya mencanak sehingga tak sempat nak dikaut. Bumi Tuhan ini luas dan rezeki itu dah ditentukan. Sedikit atau banyak total rezeki itu bergantung kepada usaha dan kegigihan untuk terus bertapak. Tambahan lagi, ada selebriti yang sudah punya anak, rezeki makin banyak dan punya bisnes yang berkembang maju. Tak gitu?
Tengok sahaja bukti paling jelas, Fattah Amin yang berstatus suami kepada bintang selebriti ternama Fazura khabarnya dilamar oleh sebuah syarikat pengeluar kereta untuk dijulang menjadi duta jenama terbaharu.
Budiey menerima perkhabaran ini melalui satu jemputan yang dihantar oleh syarikat pengeluar kereta terkemuka iaitu Toyota di mana Fattah Amin dilantik menjadi duta jenama kereta Toyota C-HR, compact crossover SUV yang menggunakan tagline MAKE A STAND. Tahniah Fattah!
Sebelum ini, Fattah Amin menjadi antara selebriti yang terlibat dengan Toyota Gazoo Racing Malaysia musim pertama.
Tengok kepada bentuk kereta terbaharu C-HR ni memang menarik. Sesuai untuk orang yang berkeluarga dan juga yang masih single. Ada gaya dan elegan. Budiey rasa nak dapatkan la satu kalau ada rezeki la. Haha!
Satu acara pengumuman rasmi akan diadakan pada minggu hadapan di sebuah lokasi di ibu kota. Nantikan kemaskini seterusnya.