Semalam, Budiey ada menerima jemputan dari Fattah Amin untuk hadir di satu majlis pelancaran produk terbaru kelolaan Fattah Amin sendiri iaitu MRP DIET BY FATTAH AMIN. Wah! Tahniah Fattah kerana sekali lagi mengorak langkah untuk bergelar usahawan yang berjaya. Sungguh gigih ya pelakon popular yang seorang ini. Makin ligat untuk memberikan yang terbaik untuk peminatnya. Tahniah buat Fattah Amin. Semoga majlis pelancaran nanti berjalan dengan lancar.
Selain mengusahakan sebuah cafe yang semakin mendapat tempat di hati penggemar makanan fusion Western dan Melayu, Fattah Amin turut menggalakkan orang ramai untuk turut sama menjadi usahawan dan memberikan tunjuk ajar bagaimana untuk berjaya dalam bisnes.
Semasa menemubual Fattah Amin, beliau sempat mewar-warkan tentang pelancaran ini dan turut menggesa orang ramai di luar sana untuk berkecimpung dalam bisnes jualan MRP. Selain itu, Fattah turut mengadakan showcase buat pertama kali di Stalkers Cafe bersama beberapa orang kawan baiknya yang dirahsiakan nama mereka. Showcase ini mendapat sambutan peminat dan tempat duduk sudah pun penuh. Fattah mengatakan pada masa akan datang, kemungkinan besar showcase seperti itu akan diadakan lagi sekiranya mendapat sambutan daripada peminat.
MAJLIS PELANCARAN MRP DIET BY FATTAH AMIN
Untuk pengetahuan, majlis pelancaran akan diadakan pada 16hb Februari, Jumaat jam 8:30pm bertempat di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
Selebriti terkenal tanah air, Fattah Amin bakal melancarkan rangkaian produk dibawah syarikat yang dimiliki beliau iaitu MRP INTERNATIONAL SDN BHD.
Tentang Produk
Di bawah syarikat MRP INTERNATIONAL SDN BHD, mempunyai pelbagai produk makanan kesihatan, tanpa bahan terlarang iaitu MRP DIET & Berrytox.
MRP Diet terdiri daripada 3 jenis perisa iaitu sup Cendawan, sup ayam dan juga sup tom yam yang menahan lapar sehingga 5 jam. Sup diet ini juga meningkatkan metabolisma serta memberi tenaga harian.
MRP Diet didatangi di dalam kotak yang mengandungi 15 sachet (bungkusan) dalam 3 perisa yang berharha Rm69 sekotak
Sup ini diformulasikan di Switzerland dan dikilangkan di malaysia serta disahkan halal oleh pihak JAKIM. MRP Diet merupakan sup kurus yang pertama seumpamanya di dunia.
MRP Diet adalah makanan kesihatan yang sesuai bagi semua golongan kerana ia mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti Garcinia cambogia (asam gelugor) white kidney beans (Kacang buncis putih) L-Carnitine dan bijirin serta bahan-bahan yang berkhasiat dan selamat.
Mengikut fakta, Malaysia adalah antara negara yang paling obese didunia. Oleh itu MRP Diet boleh membantu rakyat malaysia menjalani gaya hidup yang sihat serta mengurangkan risiko penyakit kronik akibat obesiti.
Selain MRP Diet, syarikat Fattah Amin juga mengeluarkan produk detox yang dikenali sebagai Berrytox.
Berrytox adalah produk kesihatan berasaskan buah-buahan berry yang terbukti keberkesanannya dalam menyah toksin dalam badan terutama bahagian usus.
Berrytox didatangi dalam kotak yang mengandungi 10 sachet (bungkusan) serta shaker percuma.
KONSEP PERNIAGAAN FATTAH BUSINESS NETWORK (FBN)
Produk MRP INTERNATIONAL SDN BHD hanya boleh didapati daripada FBN sahaja, kerana pihak syarikat tidak menjual secara langsung kepada pelanggan.
Fattah Business Network (FBN) terdiri daripada Fattah Partners (FP) & Fattah Apprentice (FA)
Apakah itu Fattah Partners (FP)? FP adalah rakan niaga Fattah amin yang bertaraf stokis. Apa yang menarik ialah, FP menyimpan stok secara online (Cloud Warehouse). Untuk menjadi FP, modal yang diperlukan hanyalah serendah Rm2500 dan mendapat nilai produk berharga Rm3846. Keuntungan yangditawarkan kepada FP adalah 35%.
FP diberikan keistimewaan untuk menyertai latihan serta acara yang dikendalikan sendiri oleh pihak Fattah Amin.
Fattah Apprentice (FA) pula bermodalkan hanya Rm230 dan mendapat nilai produk berharga Rm307. Keuntungan yang ditawarkan kepada FA adalah 25%.
FA disasarkan kepada golongan yang baru mahu mencuba untuk menceburi perniaagaan ini.
Sistem perniagaan FBN ini adalah amat unik kerana ia lebih cenderung kearah perniagaan atas talian (online). Perniagaan ini sesuai dilakukan untuk mereka yang berminat berniaga secara sambilan dan juga sepenuh masa.
Tentang Fattah Amin
Selain amat meinati bidang lakonan dan nyanyian, Fattah Amin juga mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan.
Fattah Amin menceburi bidang produk kesihatan ini kerana gaya hidup Fattah sendiri yang mementingkan kesihatan tubuh badan. Oleh itu dengan adanya produk-produk dari MRP International ini, dapat menggalakkan gaya hidup sihat dikalangan peminat Fattah Amin serta rakyat Malaysia secara umumnya.Ini adalah cara Fattah menghargai peminat beliau supaya sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Fattah menubuhkan syarikat MRP International bagi memasarkan produk MRP International melalui sistem stokis/agen yang unik serta menggunakan teknologi yang tinggi. Agen dan stokis yang dikenali sebagai FBN (Fattah Business Network) boleh menjual produk MRP Diet dan juga Berrytox secara online dan juga offline.
Fattah Amin yang juga merupakan Presiden dan CEO syarikat ini sering mengadakan sendiri sesi latihan untuk semua FBN.
Dimasa hadapan, Fattah Amin bercadang untuk mengeluarkan beberapa produk kesihatan lain yang sedang di jalankan R&D.
Produk MRP International Sdn Bhd kini berada di sekeuruh Malaysia dan Singapura
Fattah Amin mensasarkan untuk menembusi pasaran Indonesia & Timur Tengah tahun ini sebelum melebarkan sayap ke serata dunia.
FATTAH BUSINESS NETWORK (FBN)
Sistem Agen dan stokis yang dikenali sebagai FBN (Fattah Business Network) ini adalah satu sistem agen yang unik.
7 KEISTIMEWAAN JADI RAKAN NIAGA Fattah Amin (FBN)
.
🔥. Produk Yang Ada Permintaan Tinggi & Senang Nak Jual.
.
🔥. Latihan intensif kepada stokis yang dimentorkan sendiri oleh Fattah Amin secara offline & online
.
🔥. Produk Yang lulus KKM, Berkesan, Berkualiti Tinggi & HALAL❗ 
.
🔥. Tidak Perlu Simpan Stok Yang Banyak. Takde Isu Lambakan Stok. Dengan kredit yang ada dalam sistem stokis, anda boleh memilih produk dari MRP yang terkini tanpa had❗
🔥. HQ Bungkuskan & Hantarkan Stok TERUS Kepada Pelanggan stokis. Stokis tak perlu susah-susah.
.
🔥. Stokis mendapat komisen bulanan secara pasif bila stokis rekrut stokis Lain. Komisen pendapatan pasif adalh 5% setiap kali stokis yang anda rekrut membuat pembelian.
.
🔥. Bisnes Online & Offline Yang Mensasarkan Pelanggan Secara GLOBAL. Satu Dunia Boleh Jadi Pelanggan Anda. Keuntungan stokis MRP International adalah 35%.
🔥. Stokis mendapat keuntungan 25% apabila pelanggan membeli di website www.mrpdiet.com dengan menggunakan kod diskaun stokis.
.
Fattah Amin yang juga memegang jawatan sebagai Presiden dan CEO syarikat ingin berkongsi tentang Visi &Misi syarikat yang terlibat dalam pembuatan serta pengedaran produk makanan kesihatan, sejajar dengan minat beliau yang mendalam dalam bidang kesihatan.
Sistem agen MRP International ini adalah sangat unik dan yang pertama seumpanya di dunia. Ia menggunakan sistem teknologi maklumat yang canggih dan boleh membantu ramai rakyat malaysia menjana pendapatan tambahan yang lumayan serta stabil, berjangka masa panjang.
Produk utama yang dikeluarkan pula juga adalah yang pertama seumpanya di Malaysia, iaitu Sup Kesihatan rendah kalori dalam perisa sup ayam, sup cendawan & sup tom yam.
Produk kedua adalah minuman detox yang berperisa buah-buahan beri yang dapat membantu pengguna mengekalkan kesihatan badan terutama usus.
Produk-produk yang dikeluarkan MRP INTERNATIONAL SDN BHD diformulasikan di Switzerland tetapi dikilangkan di produksi bertaraf GMP, HACCP, HALAL serta ISO9002.
Semua produk-produk MRP INTERNATIONAL SDN BHD adalah telah mendapat sijil HALAL dari pihak JAKIM serta lulus KKM.
Ini adalah kali pertama Fattah Amin berniaga secara serius dan berskala besar setelah berjaya menempa nama dalam bidang hiburan.
Pada hari itu juga Fattah Amin akan melancarkan jingle MRP International yang dinyanyikan oleh beliau sendiri.
Aturcara majlis adalah seperti berikut:
ATURCARA |
MASA |
PERMULAAN MAJLIS & BACAAN DOA OLEH MR.PRESIDENT, FATTAH AMIN |
8.30PM – 8.45 PM |
UCAPAN PEMBUKAAN OLEH FATTAH AMIN |
8.45PM – 9.00PM |
VIDEO PERJALANAN MRP |
9.00PM – 9.15PM |
PENERANGAN SISTEM PERNIAGAAN MRP INTERNATIONAL |
9.15PM – 9.30PM |
RANCANGAN PERNIAGAAN MRP INTERNATIONAL 2018 |
9.30PM – 9.45PM |
PENYAMPAIAN BONUS STOKIS |
9.45PM – 10.00PM |
PELANCARAN PRODUK MRP & BERRYTOX OLEH FATTAH AMIN |
10.00PM – 10.45PM |
PRESS CONFERENCE & INTERVIEW |
10.45PM – MIDNIGHT |