Masa tengah laris, tengah meletop dan tengah popular ni lah kena kaut semua tawaran job yang datang, ye dak? Rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari. Peduli apa kalau orang kata tamak ke apa ker. Bukan diorang yang bagi kita makan.
Bukan mudah untuk dapat peluang menjadi duta atau jurucakap di zaman kemelesetan ekonomi sekarang. Sebab itulah kalau boleh bagi selebriti yang berada di kelas teratas, setiap produk atau jenama meliputi dari hujung rambut ke hujung kaki. Rambut dijaga rapi dengan adanya produk sekian-sekian, termasuklah pakaian seluar baju segalanya ada produk yang datang untuk menawarkan produk mereka kepada selebriti. Sekarang ini, corak promosi bertukar sedikit di mana jenama produk tidak lagi tertumpu kepada iklan di suratkhabar atau majalah, memandangkan cetakan majalah dan suratkhabar semakin menurun kerana pembaca tertumpu kepada media digital seperti Instagram, Facebook dan sebagainya.
Cakap pasal duta ni, Budiey nak ucap tahniah buat Fattah Amin sebab dengarnya beliau akan dilantik menjadi duta produk tilam jenama terkenal, King Koil. Wah, selepas produk MAYDAN, satu lagi jenama mengintai Fattah untuk dijadikan duta. Berita ni dikongsi Fattah Amin di Instagram miliknya, semasa menjalani sesi fotografi dan promo iklan tilam tersebut.
Walaubagaimana pun, setakat ini masih belum ada jemputan acara pelancaran atau sidang media dihantar oleh jenama tersebut untuk mengumumkan berita gembira ini.
Semakin kena kecam, nampaknya rezeki Fattah Amin makin mencurah-curah. Syukur Alhamdulilah.