in

Fattah Amin Ajak Peminat Ikuti Toyota Vios Challenge

TOYOTA GAZOO RACING BAWA PERLUMBAAN VIOS KE MALAYSIA

Peminat sukan permotoran tempatan akan berpeluang menikmati satu lagi siri perlumbaan terbaru yang akan menghangatkan kalendar aktiviti mereka. Dikenali sebagai Toyota Vios Challenge, sebuah perlumbaan yang tertumpu hanya bagi model berkenaan sahaja akan ditampilkan ketika Festival Perlumbaan TOYOTA GAZOO Racing (TGR) akan datang.

Perlumaan ini bakal menyaksikan penglibatan seramai 30 pemandu yang akan memandu jentera lumba Vios yang sama spesifikasinya bagi merebut ganjaran serta gelaran juara. Sebanyak empat siri perlumbaan akan berlangsung di litar jalan raya yang direka khas di empat lokasi; di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor. Acara pertamanya dijangka berlangsung Ogos nanti dan tamat pada suku pertama 2018.

A household name Fattah Amin will compete in the inaugural Vios Challenge against the likes of Shukri Yahaya

UMW Toyota turut mengumumkan penglibatan lapan orang selebriti ternama tempatan, yang akan membuat penampilan sulung dalam perlumbaan. Ini bertujuan bagi memeriahkan lagi suasana sepanjang berlangsungnya acara.

Pelancaran Toyota Vios Challenge ini juga menandakan tibanya TOYOTA GAZOO Racing di Malaysia. Ia merupakan sebuah jenama dan imej yang tidak asing lagi, setelah mengukir pencapaian meyakinkan dalam dunia sukan permotoran, seperti Kejuaraan Rali Dunia (WRC) di mana ia mencipta kejayaan pertamanya dan mengekalkan momentum sepanjang musim berkenaan.

Toyota Vios Challenge di Malaysia akan digarap dengan pendekatan yang sama seperti perlumbaan Toyota One Make Race yang dianjurkan di Thailand dan Filipina. Perlumbaan ini sudah berlangsung dengan jayanya di sana, yang menyaksikan peminat berkunjung pada hujung minggu untuk meraikan suasana karnival ketika perlumbaan berlangsung.

Bercakap ketika pelancaran Festival Perlumbaan TGR06, Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran Kurusamy berkata bahawa perlumbaan Vios ini menyediakan platfrom terbaik untuk melonjakkan imej sporty model berkenaan serta untuk memupuk minat baru bagi sukan lumba.

“Karektor sporty dan menyeronokkan yang ada pada Vios jarang diserlahkan. Untuk itu, sempena kempen ‘All About The Drive’ yang dijalankan, kami percaya perlumbaan Toyota Vios Challenge akan dapat membantu kami mempamerkan sisi berkenaan bersama dengan barisan pemandu muda yang dinamik yang akan terlibat dalam perlumbaan ini nanti,” jelas Ravindran.

Toyota Vios Challenge akan menjadi acara utama pada hujung minggu ketika berlangsungnya Festival Perlumbaan TGR. Ia turut akan melibatkan acara dan aktiviti karnival yang penuh dengan hiburan, permainan, makanan dan aktiviti lain yang menyeronokkan. Pengunjung juga berpeluang untuk ketahui lebih lanjut dan juga memandu uji model Toyota.

Ravindran juga turut berterima kasih kepada barisan penaja yang terlibat, termasuk Toyo Tyres, Denso Malaysia, TRD Japan, Enkei Malaysia, Moty’s Hyper Lubricant Technology , minuman tenaga Drive M7 dan Toyota Capital Services yang membantu menjayakan acara ini.

Peminat sukan permotoran dan pasukan-pasukan yang membeli jentera lumba Toyota Vios Challenge akan turut menerima pakej perlumbaan yang terdiri daripada komponen TRD, kelengkapan keselamatan, tayar dan banyak lagi, semuanya untuk kegunaan ketika perlumbaan.

Pengurusan perlumbaan serta modifikasi untuk perlumbaan ini akan dilakukan oleh Wing Hin Motorsports di bawah seliaan TRD Jepun. Peraturan, pemandu dan pengurusan perlumbaan semuanya tertakluk di bawah peraturan ketat FIA dan dilakukan dengan penilaian AAM. Semua pelumba baru, termasuk selebriti yang terlibat, perlu lulus dari sesi pembelajaran yang akan berlangsung pada bulan Mei, dengan kehadiran pelatih serta jurutera perlumbaan dari TRD Jepun.

“Sukan perlumbaan sudah menjadi sangat sinonim dan merupakan sebahagian daripada DNA Toyota. Kejayaan kami di dalam beberapa disiplin sukan permotoran mencerminkan kesungguhan kami untuk membangunkan produk dan teknologi yang lebih baik untuk pelanggan di masa hadapan,” tambah Timbalan Pengerusi UMW Toyota, Akio Takeyama.

Danny Koo accomplished singer and actor getting excited about racing in the Vios Challenge

Thumbs up all around for the TGR Racing Festival and Vios Challenge

Sporty, fun and vibrant personalities with the equally fun and sporty Vios.

Shukri Yahaya – actor and model will be one of the popular celebrities participating in the championship.

Getting prepared for the taxi rides.

Diana Danielle – one of the celebrity participants who will be racing during the TOYOTA GAZOO Racing (TGR) Racing Festival.

Darlings Diana Danielle and Janna Nick greeting the audience at the launch of the TGR Racing Festival

Guests were given the opportunity to be the first to ride in the Toyota Vios One Make Race Car

[L to R] Diana Danielle, Shukri Yahaya, Geraldine Gan, Danny Koo, Mr. Ravindran Kurusamy (President,  UMW Toyota Motor), Mr. Akio Takeyama (Deputy Chairman, UMW Toyota Motor), Shawn Lee, Venice Min, Fattah Amin _ Janna Nick

Mr. Ravindran Kurusamy (President of UMW Toyota Motor) with Geraldine Gan and Danny Koo

Mr. Ravindran Kurusamy (President of UMW Toyota Motor) with the stunning brand ambassadors

Venice Min making an appearance at the launch of TOYOTA GAZOO Racing Festival

Group Photo at Pit Area with celebrity participants, management and sponsors

One of the main highlights of the event_Taxi Ride

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fifth Harmony Bakal Gegar Malaysia Untuk THE 7/27 TOUR

Apa Yang Anda Patut Tahu Tentang Filem SINDIKET