in ,

Fatin Afeefa Terima Teguran, Netizen Suruh Tutup Aurat Kalau Sayang Suami

Kisah rumah tangga pelakon, Fatin Afeefa dan suaminya, Aliff Awang sememangnya menjadi perhatian di media sosial. Apa saja dikongsikan pasti akan diperkatakan ramai.

Baru-baru ini, ketika membuat sesi siaran langsung di aplikasi TikTok, Fatin ditegur oleh netizen mengenai auratnya.

Menerusi video tular di kongsikan semula di TikTok, Fatin tetap dikritik meskipun sudah mengenakan tudung dan tampil sopan ketika sesi live itu.

“Kalau sayang suami tutuplah aurat. Kakak, saya tengah bogel ke sekarang ni? Angin pula aku,” katanya.

Bagaimanapun, Fatin dilihat tetap tenang memberikan respon mengenai teguran terima daripada netizen.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anuar Zain di Konsert Gala Seri Puteri Simfonik Winds di Istana Budaya

NOH SALLEH

“Dosa Paling Dahsyat Saya Patahkan Hati Ibu Bapa Saya,”– Noh SallehÂ