Tahun lalu, nama Fatin Afeefa pernah dikaitkan dengan kontroversi yang mengaitkan beliau dengan seorang lelaki yang berstatus suami orang.
Namun hari ini sekali lagi nama Fatin Afeefa disebut dilaman sosial Twitter apabila seorang pengguna yang dikenali sebagai Mag yang mengaku bahawa dia adalah isteri kepada lelaki berkenaan.


Menurutnya, beliau berang dan kecewa apabila mereka saling merahsiakan hubungan mereka, walaupun Fatin Afeefa pernah berjanji tidak akan mengganggu rumah tangga mereka lagi.

Turut dilampirkan adalah satu screenshot perbualan Fatin bersama suaminya. Menurut Mag, paparan itu dibiarkan sebagai peringatan kepada aktress berkenaan agar tidak sesekali membuat kesalahan yang sama.
