Kembali berhijab sebelum Ramadan lalu dan mahu memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik, Fathia Latiff akui dia berdepan fasa sukar dalam hidupnya untuk melupakan bekas kekasihnya, Aiman Hakim Ridza.
Menurut Fathia bukan mudah untuk melupakan seseorang yang pernah disayanginya sehinggakan dia mengambil masa 5 tahun untuk move on dari episod cintanya yang lalu. Bagaimanapun, Fathia berkata dia akur dengan ketentuan Ilahi.
“5 tahun itu tak mudah, Allah saja tahu betapa sukarnya untuk saya nak move on. Namun alhamdullilah berkat doa keluarga dan semua saya berjaya tempuhinya secara perlahan-lahan walaupun mengambil masa lambat,”
– FATHIA LATIFF
Dalam pada itu, Fathia tumpang gembira dengan kehidupan baharu Aiman yang sudah pun berumah tangga dengan Zahirah Macwilson serta mendoakan kebahagiaan pasangan itu.
Untuk rekod, Fathia dan Aiman pernah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun bagaimanapun hubungan mereka tidak bertahan lama apabila berpisah pada 2015.