Kemeriahan majlis pelancaran butik Mimpi Kita di Jalan Telawi 2, Bangsar, Kuala Lumpur yang diadakan baru-baru ini dah pun tamat. Tapi orang masih memperkatakan tentang butik ini. Apa istimewanya? Apa kelebihan pakaian rekaan Mimpi Kita?
Sebenarnya, butik ini dulunya dipasarkan cuma di dalam talian sahaja (online). Kepada korang yang suka membeli-belah melalui online memang korang kenal dengan laman web butik Mimpi Kita.
Ini dia tiga adik-beradik orang kuat Mimpi Kita, Nurul Zulkifli, Amirah Zulkifli dan Syahira Zulkifli
Memulakan perniagaan mereka sekitar Mei 2008, Mimpi Kita berkembang pesat dengan hasil penat lelah dari tiga adik-beradik, Nurul Zulkifli, Amirah Zulkifli dan Syahira Zulkifli. Syabas dan tahniah buat mereka bertiga yang akhirnya impian mereka untuk melihat butik sebenar menjadi kenyataan.
Pada tahun yang 2008, Mimpi Kita yang lebih memfokuskan pakaian untuk wanita telah mendapatkan sebuah lokasi yang lebih proper di Dataran Sunway.
Tahun 2011 menyaksikan Mimpi Kita berkembang apabila melancarkan butik di Bangsar dan mula mendapat perhatian daripada selebriti tempatan seperti Liyana Jasmay, Marsha, Farah Fauzana, Tiz Zaqyah, Fouziah Gous dan ramai lagi.
Semasa pelancaran itu juga, dua jenama di bawah Mimpi Kita iaitu Kmeja dan RekaKita turut dilancarkan. Budiey tengok kemejanya memang unik dan ada trademark tersendiri.
Mendapat pelabur daripada abang dan teman rapat iaitu Taufiq Zulkifli, Ili Zuhair Amdan dari Kasi Gegar Entertainment serta pelakon dan pengacara Farish Aziz, Kmeja adalah jenama pakaian untuk lelaki. Manakala RekaKita pula adalah jenama untuk dekorasi dalaman untuk rumah anda.
Ini dia gambar sekitar pertunjukan fesyen dari Mimpi Kita, Kmeja dan RekaKita.