Apa sudah jadi dengan Fasha?
Duduk di tepi perigi sambil berkemban sekadar memenuhi watak dalam filem Skrip 7707 terbitan Grand Birlliace Sdn Bhd
SUDAH agak lama tiada berita mengenai perkembangan aktres Fasha Sandha yang satu waktu dulu sentiasa menjadi buruan media gara-gara cerita sensasi berkaitan kisah peribadinya berbanding dengan kerjayanya sebagai pelakon.
Disebabkan kualiti lakonannya yang tidak seberapa, walaupun banyak membintangi filem dan drama serta pernah memegang trofi sebagai Pelakon Filem/TV Wanita Popular, pembabitan Fasha dalam dunia seni tidaklah menjadi sebutan sangat.
[pullquote]Apa yang sering dilaporkan dan menjadikan dia popular hanyalah kisah kehidupan peribadinya. Selepas sekian lama ‘direhatkan’ oleh kebanyakan media, tiba-tiba muncul gambar Fasha yang boleh menimbulkan tanda tanya.[/pullquote]
Dalam gambar itu, Fasha duduk di tepi perigi dalam keadaan berkemban. Dia kemudian memegang daun nanas lalu ditusuk ke celah kangkangnya dengan tujuan untuk menggugurkan kandungan. Memang mengerikan dan menyakitkan, tetapi itulah yang terpaksa dilakukan kerana pelakon itu mahu menyorokkan keterlanjurannya sehingga dia hamil.
Bagaimanapun, jangan salah faham kerana itu adalah antara babak dalam filem Skrip 7707 arahan Profesor A Razak Mohaideen. Dalam filem itu, Fasha sekali lagi diberikan watak ‘playgirl’, suka berfoya-foya.
Razak memberi arahan kepada Fasha untuk aksi yang perlu dilakukannya bagi babak di tepi perigi.
Filem Skrip 7707 adalah terbitan terbaru Grand Brilliance yang akan ditayangkan pada 16 Julai ini. Ia dikatakan membuka mata penonton dan peminat filem seram. Keistimewaan Skrip 7707 kerana ia mengandungi sembilan cerita seram yang berbeza.
Keseluruhannya kisah yang ditonjolkan dalam filem ini adakah cerita seram yang biasa didengar. Ia selalunya cerita lisan yang disampaikan oleh orang tua kita.
Antara cerita yang ditonjolkan adalah seperti legenda hantu di asrama yang kehadirannya berpunca daripada kematian seseorang, dan cerita hantu yang ‘menumpang’ di hospital lama.
Selain itu, kisah mengenai kewujudan hantu yang popular di kalangan orang Melayu iaitu hantu raya. Hantu yang didakwa boleh menjelma menyerupai manusia biasa juga turut dipaparkan dalam babak yang mana seorang isteri yang sedang sarat mengandung memerlukan bidan. Konflik mula tercetus apabila bidan yang dipanggil suaminya tiba-tiba boleh sampai di rumahnya seorang diri.
Kepercayaan terhadap roh yang tidak tenang kerana ada sesuatu yang tidak membenarkannya pergi dengan aman juga dipaparkan di dalam Skrip 7707. Begitu juga dengan seorang lelaki yang sudah meninggal dunia, tetapi adiknya masih boleh melihat kehadiran rohnya. Apakah yang mengganggu roh abangnya sehingga abangnya terperangkap di dunia walaupun sudah meninggal?
Membabitkan 40 penonton
SELAIN daripada jalan cerita yang menarik dan agak biasa kepada penonton, Skrip 7707 membariskan pelakon yang sudah menempa nama dalam industri filem tanah air.
Jumlah itu diharap dapat menarik minat penonton untuk ke pawagam. Antara pelakon yang terbabit dalam filem ini ialah Norman Halim (KRU), M Rajoli, Fasha, Abby Abadi, Norman Hakim, Que Haidar, Jehan Miskin, Fouziah Gous dan Almy Nadia
Seperti kebanyakan filem yang bagus, pasti ada kontroversi didalamnya. Skrip 7707 mempunyai babak yang dipotong kerana dianggap terlalu ngeri untuk ditonton.
Babak ini dianggap kontroversi itu membabitkan Ayu (Fasha Sandha) yang sedang sakit dan mahu menggugurkan anak, menggunakan cara yang agak ekstrem untuk membuang kandungannya. [sumber]