Yea, jangan tak percaya ya. Fasha Sandha memang berjaya jadi Top 5 untuk bertanding merebut gelaran Bintang Paling Popular. Walaupun namanya dah tenggelam karam dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular tapi sekurang-kurang nama Fasha Sandha terselit jugak dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular. Bagi Fasha Sandha, itu pun dah alhamdulilah. Satu rezeki dan beliau berterima kasih kepada peminat yang mengundi. (sebenarnya, copy & paste dari statement tahun lepas sebab lebih kurang sama aje komennya)
Tahniah Fasha Sandha!
Fasha Sandha akan bersaing sengit dengan Tiz Zaqyah, Scha Alyahya, Rozita Che Wan dan Noorkhiriah.
Budiey dapat tahu dari komen pembaca, ramai yang suka dengan Tiz Zaqyah, dan mereka mahu Tiz Zaqyah menang. Itu dia, rasanya bermulanya era kegemilangan Tiz Zaqyah… kita tunggu saje siapa yang menang.
Kalau Tiz Zaqyah menang, dah tentu berlambakan offer untuk bawa Tiz untuk berlakon filem pulak.
Sekarang ni pun, Tiz Zaqyah katanya dah tak menang tangan sebab sibuk berlakon. Tawaran sangat banyak! Penangan dari lakonan mantapnya dalam Nur Kasih.
Okay, kita beralih semula dengan cerita Fasha. Orang tetap akan kata Fasha menang Top 5 ni sebab undi diri sendiri. Fasha tak kisahlah apa orang nak kata apa. Walaupun ada gosip mengatakan Fasha Sandha berusaha keras memangkah namanya sendiri. Fasha tak kisah. Kononnya berlambakan suratkhabar Berita Harian dibelinya. Fasha Sandha tak kisah. Yang penting, sekarang dia dah ada dalam senarai.
Masa sidang media Top 5 hari tu, ada lagi media mempersoalkan Fasha Sandha masih lagi rapat dengan Jejai. Sebab ada mata yang nampak. Yang paling sentap adalah rakan Budiey dari sebuah portal di mana menurut pelakon kontroversi ini, gosip yang ditulis oleh beliau dalam kolumnya tu ada yang tak benar. Ush.. macamana tu. Dah tu nama pun gosip, mesti ada yang tak benar dan ada yang tak tepat dan tak betul.
Tapi kan, ada member Budiey cakap, gosip kat Malaysia ni, dalam 80% adalah benar! Betul ke?
Budiey perhatikan masa sidang media hari tu, Fasha Sandha dah lain benar. Lain macam mana? Setiap tindakannya dah lebih matang. Seperti biasa, Fasha bersalaman dengan semua wartawan. Ehem ehem.. baguslah semua orang berbaik-baik. Yang penting, Budiey tengok Fasha hormati setiap wartawan yang ada. Cuma mungkin dalam hati, mestilah geram dan sedih bila apa yang dipaparkan tak seperti yang dia harapkan.
Susah nak puaskan hati semua orang, beb!
Eh, masa Fasha Sandha nak naik bergambar dalam bas tajaan Sinarmas hari tu, kepala Fasha Sandha terhantuk dengan lampu signal. Mengaduh Fasha jap… lepas tu Fasha gelak. Lepas tu semua orang gelak. Budiey pun yang berada kat situ pun gelak jugaklah. Gelak kecil aje la. Budiey rasa itu satu petanda untuk Fasha. Mungkin selepas ini, Fasha lebih berhati-hati untuk melangkah. Kadang-kadang mata kita mendongak tinggi pun, tak boleh juga, bila kita tunduk pun, kadang-kadang kita lupa ada duri halangan berada di atas. Mana kita tahu?
Ternyata, kematangan Fasha dalam bergaya dipuji oleh rakan media. Suka tengok gaya Fasha yang lebih kemas seperti wanita berkerjaya ala ekskutif seperti ini.
Fasha, good luck to you ya!