Budiey rasa teruja juga setelah melihat gaya CGI gempak giler yang ditonjolkan dalam Trilogi Cicakman 2 – Planet Hitam pada sidang media anjuran KRU Studios yang diadakan di Planet Hollywood baru-baru ini.
Memang lebih mengancam. Mesti semua orang akan suka dengan filem CIcakman 2 ni sebab gaya CGI nya lebih detail dan lebih teliti.
Pada sidang media itu, Dafi turut dijemput untuk mempersembahkan sebuah lagu berjudul LEMAH yang bakal termuat dalam soundtrack filem Cicakman 2. Turut ditayangkan video klip lagu duet Yusri KRU bersama Melly Goeslow berjudul Dibius Cinta. Juga turut termuat lagu dari Taiko dan Pyanka.
Turut diserikan dengan kehadiran pelakon filem ini antaranya Julia Ziegler, Aznil Haji Nawawi dan Linda Onn. Saiful Apek dan Fasha Sandha tak dapat datang. Apa kes?
Pada majlis itu juga satu kejutan hari jadi telah diraikan untuk Naib Pengerusi Kanan Pemasaran Celcom (M) Berhad, Encik Zalman Aefendy. Selamat Hari jadi untuk orang besar Celcom ini ya. Hari jadi yang ke berapa tu, Encik Zalman?
Filem terbitan bersama KRU Studios dan Grand Brilliance Sdn Bhd merupakan arahan Yusry Abdul Halim ini menggunakan aksi lasak serta Imej Janaan Komputer terbaik di Malaysia setakat ini. Mengkagumkan. Yang penting, filem lakonan Saiful Apek ini menggunakan 100% kepakaran tenaga kerja KRU Studios.
Setelah melihat trailer, Budiey percaya, Cicakman 2 punya kualiti yang lebih hebat dari filem yang terdahulu. Untuk Cicakman 2, sebanyak 800 babak Imej Janaan Komputer (CGI) telah dimuatkan bagi memberi yang terbaik kepada penonton. Hanya lagu duet Yusry dan Melly Goeslow yang menggunakan kreativiti sii genius muzik Melly dari Indonesia dan Hardy Suriawan yang menghasilkan video klip.
Terbaru Budiey dengar filem Cicakman 2 – Planet Hitam akan menjadi filem pertama dari Malaysia dijemput untuk ‘World Premier’ di Festival Filem Antarabangsa Pusan ke 13 di Korea Selatan, pada 2 hingga 10 Oktober nanti. Wow! Belum apa-apa lagi dah dapat ‘something’!
Kata Norman:
“Mengenai pemilihan filem Cicakman untuk ‘World Premier’ di Pusan, ianya bermula apabila Cicakman 1 ingin dijadikan sebagai tayangan pada minggu ‘Super Hero’ di festival tersebut. Atas peluang itu, kami mencadangkan Cicakman 2. Mungkin rezeki, akhirnya Cicakman 2 terpilih untuk tayangan perdana di festival itu.”
Filem Cicakman 2 ini mengekalkan barisan pelakon yang sama dari Cicakman 1, antaranya, Saiful Apek sebagai Cicakman juga Hairi. Aznil Haji Nawawi sebagai Profesor Klon, selain itu Sharifah Amani memegang watak Iman juga Fasha Sandha melakonkan watak Tania. Serta disokong oleh tenaga hebat seperti AC Mizal, Adlin Aman Ramli, Lousia Ching dan penampilan istimewa, Tamara Blazensky.
Dan yang penting sekali, mesti korang akan suka dengan statement Norman ini.
“Kami terpaksa merangka strategi promosi tanpa Fasha Sandha. Ianya akan diubah mengikut keadaan semasa. Selain itu, saya juga ada menasihatinya untuk menyelesaikan masalah tersebut.”
Itulah, media dah nasihat, tapi berdegil jugak. Ha, sekarang Norman sendiri yang duk nasihat Fasha. Kalau berdegil tak nak ubah sikap tu, tak tahu lagi la. Ini melibatkan periuk nasi awak Fasha.
Nasib baik Norman tak boikot dan masih sayang Fasha tau!
Tapi tengoklah event sidang media ini sepatutnya dihadiri oleh Fasha tapi batang hidungnya pun tak nampak. KRU dah jemput dan menghubungi Fasha tapi tidak mendapat respon dan jawapan yang positif dari pihak Fasha untuk hadir.
Lepas tu, ada gimik pelancaran yang akan diadakan di luar Planet Hollywood.
Bagi promosi yang bakal meletop, filem ini ditaja oleh Celcom. Naib Pengerusi Kanan Pemasaran Celcom (M) Berhad, Encik Zalman Aefendy kata:
“Celcom berasa bangga kerana dapat bekerjasama dengan KRU Studios dalam usaha meningkatkan lagi mutu filem tempatan. Kerjasama ini juga sejajar dengan komitmen kami untuk mewujudkan keserasian dan kesetiaan pelanggan terhadap jenama dan produk Celcom.”
Nantikan juga sebuah novel terbaru KRU yang akan dipasarkan tidak lama lagi berjudul RRAMA. Mungkin juga novel ini akan difilemkan?
Cicakman 2 – Planet Hitam bakal menghangatkan pawagam pada 11 Disember 2008 nanti. Ianya melibatkan kos produksi sebanyak RM 2.5 juta dan jika ditambah dengan promosi menjangkau RM 5 juta. Selain kerjasama dengan Celcom yang menghangatkan Cicakman 2, Naza dan 1901 juga sama-sama memberi sokongan kepada filem ini.