Menerusi satu perkongsian dimuat naik pembantu kepada pelakon itu, Fasha mengalmi kecederaan apabila tulang mata kirinya patah selain bebola mata bengkak selepas terhentak di bucu katil yang tajam.
Turut dikongsikan video memaparkan babak dilakonkan oleh Fasha bersama Azhan Rani yang menarik rambut aktres itu dari tangga sebelum menolaknya dan kemudian kepalanya terhentak di bucu katil.
“Kakak mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika berlakon di set penggambaran Anak Tuan TV3 pada 1 Mac (pagi semalam).
“Mata dan kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam. Tulang mata kiri patah dan bebola mata sebelahh kiri berdarah dan bengkak. Kini sedang dirawat di hospital pakar di Johor Bharu,” tulis pembantunya.
Dalam perkongsian itu pembantunya meminta jasa baik peminat mendoakan kesihatan Fasha serta memaklumkan aktres itu tidak menyalahkan sesiapa kerana apa yang berlaku di luar jangkaan.
“Memohon jasa baik peminat dan keluarga untuk mendoakan kesihatan kakak.Seperti yang ramai tahu, kakak seorang yang kuat semangat dan komited dalam kerjayanya. Saya yakin kakak kuat.
“Pihak produksi telah memohon maaf pada kakak dan sekeluarganya. Kata kakak, tidak ada sesiapa yang harus dipersalahkan kerana kemalangan ini terjadi di luar jangkaan kita,”katanya.