Fasha Sandha Bantu Wanita Selamatkan Rumah Tangga Dengan Beunita
Kemesraan hubungan bersama suami, Aidil Aziz yang sering dikongsikan Fasha Sandha membuatkan aktres jelita itu sekali lagi dipilih sebagai duta produk jamu pengeluaran Inayah Beauty iaitu Beunita.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inayah Beauty, Dini Qistina binti Latifi, masalah kebanyakan suami isteri di zaman kini yang sentiasa sibuk dengan kerjaya membuatkan ramai yang berdepan dengan kehambaran dalam perkahwinan dan pemilihan Fasha Sandha yang sentiasa menjaga keharmonian rumah tangga sesuai mewakili produk Beunita.
Tambah Dini, Fasha Sandha juga dipilih membawa nama Beunita kerana personaliti aktres ini yang terserlah kewanitaannya.
Proses pembuatan Beunita mengambil masa kira-kira empat bulan dan ia dihasilkan dengan mengambil kira setiap masalah para wanita dan menghasilkan satu produk yang dapat menyelesaikan masalah masalah tersebut.
Sementara itu, menurut Fasha Sandha pula, sebagai seorang wanita yang bekerjaya, ibu dan juga isteri, sudah pasti dia memerlukan tenaga yang luar biasa supaya dapat menjalankan setiap tanggungjawab dengan baik.
Beunita dilancarkan hari ini di Willow Hall, Forest Valley, Bandar Mahkota Cheras.
Pelancaran hari ini berkonsepkan “Puteri Perak” yang bermaksud, resepi asli jamu daripada 3 orang bidan Perak dengan menggunakan 20 bahan premium.
Selain itu, Inayah Beauty yang berasal dari Seri Manjung, Perak juga merupakan salah satu sebab mengapa “Puteri Perak” dijadikan sebagai konsep utama kali ini.
Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.