Menurut laporan mStar, Fasha bagaimanapun sudah bersedia dengan kecaman yang bakal dilontarkan netizen dan berkata apa dilakukannya itu hanya untuk sebagai menjayakan watak, skrip serta arahan pengarah.
“Terpulang kepada mereka, saya hanya mencorakkan skrip itu. Kita hanya buat kerja kita. Saya percaya kita buat sesuatu sebab diri sendiri dan bukannya orang lain.
Kalau buat kerana orang lain, kita tidak akan kekal. Jadilah diri sendiri. Ini adalah kerjaya saya sejak usia 18 tahunâ€.
“Saya seronok dan hanya mampu berharap penonton pandang dari sisi lain. Kalau nak pandang sisi berani Fasha Sandha, terpulang.â€
Fasha juga tidak kisah dengan kecaman netizen dan dia tidak akan berhenti daripada berlakon sebab itulah kerjaya yang dirinya cintai.
Bahkan pelakon itu juga percaya yang apa yang dihasilkan dalam setiap naskah itu ada mesej dan pengajaran kepada penonton supaya dapat dijadikan tauladan.
Ambil pengajaran daripada jalan cerita Rampas Cintaku 2. Kita jangan pandang satu sisi sahaja, pandang sisi lain juga.