in ,

Fasha Sandha Kongsi Tips Kurus, Caranya Tak Makan Daging & Ayam Langsung

Penampilan terkini pelakon Fasha Sandha menjadi bualan ramai apabila dilihat tampil langsing dan cantik sedangkan sudah memiliki tiga cahaya mata.

Fasha berkata bukan mudah untuk menurunkan berat badan, namun dia berjaya membuang sehingga 10 kilogram selepas menimang cahaya mata ketiga.

“Sejak Oktober lalu, saya jaga pemakanan dan imbangi dengan senaman. Saya juga sudah boleh diet ketat selepas Aisha sudah meminum susu formula,” katanya.

Menurut Fasha, setiap hari dia hanya makan ikan sahaja dan tidak menyentuh daging serta ayam. Namun, pada hari minggu dia akan makan sepuas hati.

“Dari Isnin hingga Jumaat, saya tak makan daging dan ayam langsung. Hanya jamah ikan saja. Manakala Sabtu dan Ahad, hari saya ‘melantak’.

“Saya ini dari jenis genetik besar. Jadi, makan lebih sedikit, badan akan cepat naik. Syukur pengorbanan dan usaha saya nak langsing kali ini dipermudahkan,” katanya.

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila Fasha dilihat ada memuat naik komen seorang wanita merupakan jururawat menuduhnya melakukan pembedahan memotong usus untuk tampil kurus.

Bagaimanapun, Fasha menafikan tuduhan tersebut serta menjelaskan berat badannya turun bukan dalam masa yang singkat sebaliknya memakan masa enam bulan.

Difahamkan, individu tersebut telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram selepas tiga dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AINA ABDUL

Aina Abdul Terpaksa Tahan Ke Bilik Air Selama Tiga Jam Sebab Baju Toto

ARIS ARIWATAN

Aris Ariwatan Setuju Masuk Gegar Vaganza Jika Hadiah Utama RM1 Juta