in

Fasha Sandha Amal Ilmu Hitam Jamu Nasi Kangkang Terkena Penyakit Misteri?

Fasha Sandha dikatakan sedang menderita sakit dan tak mau keluar rumah. Mungkin itu pembalasan kepada dosa dan kesalahan Fasha Sandha. Sehingga pelakon yang berasal dari Pulau Pinang ini dijangkiti penyakit misteri. Wajah Fasha yang jelita dah jadi hodoh. Penuh dengan nanah dan bisul merebak mengeluarkan lendir yang hanyir.

Tetapi itu hanyalah watak Fasha dalam drama Kehangatan Lantana. Bukannya betul-betul berlaku pun. Kalau betul berlaku, tak tahulah Budiey nak cakap camna. Mesti Fasha merana menangis tak berlagu sebab muka dia jadi hodoh.

Pada 16 Mei lalu, Budiey berkesempatan untuk melawat lokasi pengambaran drama Kehangatan Lantana di Batu 16, Kampung Dusun Tua, Hulu Langat. Buah tangan terbaru Neon Entertainment Sdn Bhd ini menjalankan pengambaran di Bukit Kiara, Ampang dan Hulu Langat. 

Ketika di lokasi, Budiey sempat bertemu dan berbual dengan Fasha Sandha, pengarah drama; Feroz Khan dan Adi Putra. Pengambaran ini dibuat di sebuah rumah kampung di Hulu Langat yang disewa Rm300 sehari. Pengambaran dibuat untuk adegan ketika Juwita dan Halim pulang ke kampung bertemu dengan ibunya. Untuk esoknya pula, katanya ada babak untuk Halim disemadikan di tanah perkuburan. Scene untuk Juwita dijangkiti penyakit misteri sudah pun dijalankan pada minggu yang lalu.

Drama Kehangatan Lantana ini akan disiarkan di slot Cerekarama di TV3 pada 31 Mei ini. Ianya menceritakan tentang seorang gadis bernama Juwita, bekas Ratu Cantik Malaysia 1994 dan model terkenal yang busuk hatinya. Oleh kerana terlalu taksub dengan kecantikan dirinya dan tidak mahu kulitnya berkedut, Juwita mengamalkan ilmu hitam dengan harapan suaminya sentiasa mencintainya. Dengan berjumpa dengan bomoh dan memberikan nasi kangkang kepada suaminya, Juwita menjadi lebih disayangi oleh suaminya, Halim lakonan Adi Putra.

Apabila Budiey bertanyakan adakah watak Juwita ini sama dengan apa yang diidamkan oleh Fasha iaitu watak jalang, gadis yang berusia 24 tahun ini mengatakan watak Juwita lebih kurang sama dengan apa yang diinginkannya. Walaupun tidak sama dengan watak jalang yang dilakonkan oleh Sofea Jane dalam Isteri, Perempuan dan… tetapi menvisualkan watak Juwita adalah paling mencabar sepanjang 4 tahun penglibatan Fasha dalam seni lakonan.

Selepas Jangan Main Belakang, ini adalah kali kedua Fasha berlakon di bawah arahan Feroz Khan. Feroz adalah seorang pengarah yang mempunyai rekod yang baik. Tahun lalu, telefilem Rendang Untuk Mentua dan DNA Jasmin disenaraikan dalam Anugerah Skrin. Tidak hairanlah, dengan skrip yang bermutu hasil tulisan KA Razhiyah dan arahan Feroz yang cemerlang, membuatkan Fasha terus menerima tawaran ini. Ini kerana lakonan untuk watak Juwita yang jahat ini sangat sukar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Antaranya, Fasha terpaksa disolek berjam-jam untuk babak penyakit misteri yang dihidapinya.

Gambar sekitar pengambaran drama Kehangatan Lantana:

Feroz Khan sedang berbincang sesuatu dengan penolong pengarah.

Adi Putra disolek sebelum beraksi di depan kamera.

Adegan Halim ketika pulang ke kampung berjumpa dengan ibunya. Scene ini untuk babak imbas kembali (flashback).

“Cepatlah, Juwita nak balik!”

Fasha sedang menjawab soalan cepumas. Dah dapat offer untuk teater muzikal Impak Maksima?

“Jom kita pulang dulu… sayang, bawakkan beg ni…”

Juwita berpura-pura baik di depan suaminya, pijak semut pun tak mati. Tapi bila di belakang suami, Juwita jadi setan dan jalang dan selalu makan luar? Nak tengok bagaimana kesudahan drama ni, kenalah tunggu 31 Mei ini di TV3.

[tags]fasha sandha, gambar fasha, drama kehangatan lantana, ilmu hitam, bomoh, nasi kangkang, sofea jane, watak pelacur, jalang, mak ayam, adi putra, feroz khan, antagonis, anugerah skrin, KA Razhiyah, sinopsis, juwita, rendang, resepi, wajah hodoh artis, non make up[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SINOPSIS DRAMA BERSIRI EZORA LAKONAN FAZURA DAN BEEGO

Meet My New Baby: MyFew.Net