in

Farra Juara Idola Kecil 5

IMPIAN FARRA MENJADI KENYATAAN
Raih gelaran juara dan RM15, 000

[dropcap]K[/dropcap]onsert akhir Idola Kecil 5 baru-baru ini telah menyaksikan Farra (Farranisha Shazwany binti Mohd Faizul) dinobatkan sebagai juara musim kelima. Lagu ‘listen (Beyonce) dan lagu baru ‘Anugerah’ yang dicipta sendiri oleh komposer Alfa Booty dan lirik oleh Tisha ini telah memberi tuah kepada Farra yang bersuara lantang dan lunak ini.

Darling, Farra, Zul

Darling (Wan Adlyn Massyah binti Mohammad Shah) pula telah berjaya meraih tempat kedua dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000.

[pullquote align=”right”]Tahniah Farra, juara Idola Kecil musim ke-5! Semoga terus sukses dan menjadi bintang ternama suatu hari nanti.[/pullquote]

Lagu yang dibawakan oleh Darling iaitu Kau Yang Terindah (Alyah) dan lagu baru, Pelangi Dan Rembulan (hasil nukilan Alfa Booty dan Ad Samad) memberikan peluang baginya untuk menduduki tempat kedua.

Sementara itu, Zul (Muhammad Zulfeka bin Nasrul (Zul) yang telah menguasai persembahan yang cukup bertenaga di atas pentas berjaya mendapat tempat ketiga. Wang tunai RM5,000 menjadi milik Zul setelah berjaya membawa dua lagu dengan baik iaitu Aku Yang Tersakti (oleh Judika) dan lagu baru Inspirasi hasil nukilan Rumie dan Dhia.

Saingan sengit turut diberikan oleh Ben (Muhammad Benladin bin Munshi) dan Tisyia (Nur Adlina Batrisya binti Zuraimi). Mereka juga telah memberikan persembahan terbaik di konsert akhir yang lalu, namun nasib tidak menyebelahi mereka.

[pullquote]Walaupun usia mereka masih kecil iaitu antara 11 dan 12 tahun, namun kredibiliti, tanggungjawab dan komitmen yang mereka tunjukkan cukup membuatkan kami terharu dan bangga.[/pullquote]

Juri jemputan seperti Erra Fazira dan Edry juga amat terpegun melihat kebolehan setiap peserta sehingga membuatkan Edry mengeluarkan kata ‘boleh tak kelima-lima ni menjadi juara!’. Alyah selaku juri tetap dan telah bersama mereka selama lapan minggu juga mengakui prestasi mereka semakin meningkat dan pastinya mereka boleh menjadi penyanyi profesional di masa akan datang.

Program realiti hiburan kanak-kanak Nombor satu Malaysia ini mempunyai penonton yang tersendiri. Ini dapat dibukti menerusi kualiti, prestasi dan persembahan para peserta yang dilihat meningkat dari musim ke musim. Pada musim kelima ini, kekuatan vokal mereka amat terserlah dan sentiasa mendapat pujian daripada juri jemputan mingguan. Kualiti vokal mereka ini sedikit sebanyak memberi kesukaran kepada juri.

Konsert akhir iIdola Kecil ini turut dimeriahkan lagi dengan persembahan Najwa Latif, bintang-bintang Idola Kecil musim terdahulu seperti Harris (Idola Kecil 3) dan Hairul (Idola Kecil 4) dengan lagu “Untuk Dia”, Karmal feat DJ Fuzz dengan lagu “Parti Sampai Pagi” serta gabungan istimewa Fida, Jeff A to Z dan Stella dengan lagu top mereka iaitu “Apo Kono Eh Jang”.

Sepanjang dua bulan penglibatan mereka dalam menggapai gelaran juara Idola Kecil 5, mereka telah menjalani pelbagai jenis kelas vokal dan tarian bagi menggilap bakat yang sedia ada. Tiga tenaga pengajar yang telah memberikan semangat dan tunjuk-ajar kepada mereka terdiri daripada Cikgu Alfa Booty (pengarah muzik), Cikgu Delly (vokal) dan Cikgu Boojae (tarian). Kepada yang tidak sempat untuk melihat konsert akhir ini, sila layari www.tonton.com.my. Idola Kecil 5 ini juga turut dihangatkan oleh Geng Radio IK5 iaitu Hot FM.

11 IK5

Alif Satar

Najwa Latif, Harris & Hairul

Erra, Edry & Alyah

Ben

Darling & Aliff Aziz

Tisyia

Fida, Jeff A to Z, Stella Band

farra 1

Alyah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Kutipan Filem Malaysia Paling Tinggi Tahun 2012

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Apex & Leuniey Natasha