Alunan suara yang bertenaga dan lirik yang mempersona telah menarik hati Fariz Jabba dan produser terkenal ALYPH, untuk menerokai tema cinta dan kerinduan lantas muncul dengan komposisi yang sama sekali baru; “Dari Sini”. Ini juga merupakan penanda pertama kali kedua-dua artis Def Jam Asia Tenggara ini bekerjasama.
FARIZ dan ALYPH adalah antara artis paling popular dan berpengaruh di Singapura dan Asia Tenggara. Sebagai artis individu, mereka telah memberikan sumbangan yang mengagumkan kepada warna warni lagu-lagu Melayu, terutama lagu “Pandang Kasih”. “Dari Sini” adalah hadiah terbaru mereka kepada peminat dengan FARIZ menerajui vokal manakala produksi lagu oleh ALYPH.
Dengan lebih dari tujuh juta aliran di Spotify dan tiga juta tontonan untuk video muziknya di YouTube, FARIZ adalah ‘Ironman’ dalam generasinya. Pada setiap langkahnya untuk menjadi terkenal dan popular, dia mengakui kepentingan cinta – untuk diri kita sendiri, antara sesama kita juga terhadap warisan kita – sebagai bahan penting untuk refleksi dan kematangan diri.
Walaupun “Pandang Kasih” dirakam lama sebelum FARIZ dilahirkan, mesej tentang cinta yang berkumandang cukup kuat untuk dia mengarahkan kekuatan itu ke dalam lagunya sendiri, dengan menambahkan dimensi makna.
Pada masa kekalutan seperti saat ini, “Dari Sini” memanfaatkan kuasa cinta dan taburan kasih sayang ke atas kita sebagai kekuatan untuk pemulihan dan harapan.
Cinta berlegar dalam seluruh suara dan perincian dalam “Dari Sini”. Di dalam dendangan R&B FARIZ yang indah dan di lipatan produksi ALYPH yang mengagumkan, elegan dan mendebarkan, hati akan marak dengan keikhlasan dan desakan yang tidak dapat dinafikan.
“Dari Sini”, melambangkan keazaman yang kuat untuk kembali, dalam hal ini, kembali ke mana letaknya hati. Ini adalah usaha berterusan yang didorong oleh cinta dan perasaan ingin memiliki, menempuhi masa sukar dan senang, tidak kira apa jua, untuk menjaga apa yang kita miliki ”, kata FARIZ.
Visi FARIZ dihidupkan dalam video muzik yang hebat diarahkan oleh kru produksi video terkenal Bless7Up. Dalam menceritakan kisah cinta yang marak membara selama-lamanya, cinta yang lebih besar dari masa itu sendiri, melintasi sejarah, kembali ke masa lampau ke masa sekarang kemudian melonjak ke masa hadapan, mencatat komitmen FARIZ untuk cinta yang suci, penentu setiap peringkat hidupnya. Bahasa visual video diselaraskan sempurna dengan bunyi musik lagu, menjadikan pengalaman menonton kisah cinta ini lebih bermakna.
“Dari Sini” adalah bukti bahawa tidak kisah betapa sukar keadaan, irama dan kebesaran cinta tidak akan terjejas. Cinta adalah jawapannya – untuk semalam, hari ini dan esok.
“Dari Sini” boleh didapati di semua platform muzik utama pada 18 Disember 2020 dan tayangan perdana Video Muzik rasmi di saluran YouTube FARIZ JABBA bermula pada jam 9 malam pada 20 Disember.
TENTANG FARIZ JABBA
Fariz Jabba rapper berusia 24 tahun yang berasal dari Singapura ini menumpukan haluannya kepada gabungan antara budaya pop Melayu dan Barat yang menonjol sebagai unik di Asia Tenggara.
Perjalanan seni Fariz Jabba bermula apabila beliau memuatnaik klip video yang memaparkan beliau membuat ‘freestyle raps’ dan ‘remixes’ dan menjadi viral di media sosial lantas menjadikan nama Fariz Jabba ‘trending’ di Singapura dan Malaysia dalam tempoh beberapa bulan selepas klip video tersebut dimuat naik. Perhatian yang diraih di media sosial membuahkan hasil apabila Fariz Jabba diberi peluang untuk muncul dalam Konsert 16 Baris yang dipaparkan di laman YouTube penyanyi rap, Joe Flizzow – persembahan Fariz Jabba itu telah berjaya meraih hampir 400,000 tontonan dalam masa kurang dari tiga bulan. Kurang dari sebulan selepas penampilannya di Konsert 16 Baris, Fariz Jabba telah dijemput untuk membuat persembahan dalam festival muzik antaranya Urbanscapes, IGNITE! Festival Muzik, Festival Shine, dan Baybeats. Dua single Fariz Jabba (“Ape Sia” dan “Masa”) meraih 1 juta tontonan di YouTube dalam tempoh 3 bulan selepas dilancarkan dan meraih hampir 4 juta aliran di Spotify. Pada bulan April 2020, Fariz Jabba telah melancarkan single rap, “Kalah” bersama omarKENOBI.
Menyandarkan gabungan aliran hip hop dan R&B lama dan baru sebagai panduan, rapper, penyanyi, dan penari ini kian mengorak langkah mencipta nama yang kukuh di pentas muzik arus perdana. Fariz Jabba bernaung di bawah Def Jam South East Asia sejak tahun 2019. Beliau mempunyai pengalaman bekerjasama dengan Gucci, Tommy Hilfiger, Hugo, dan merupakan sebahagian daripada ahli keluarga Nike.
Mengambil inspirasi dari kemampuannya untuk terus bergerak maju biarpun ditimpa halangan, Fariz Jabba berhasrat menggunakan muziknya untuk menyebarkan kegembiraan dan mesej positif kepada orang ramai. Ditambah dengan sikap suka bergurau yang ada pada dirinya pasti memudahkan beliau untuk membina hubungan baik dengan pengikutnya.